ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima fakta menarik mengenai pengelap cermin Bosch Clear Advantage

Views

Jika anda biasa dengan jenama Bosch, pasti anda akan teringat kepada mesin gerudi, water jet dan bateri kenderaan kan? Bosch ini bukan sahaja terkenal dengan produk produk yang telah dinyatakan, tetapi jenama ini juga merupakan antara OEM yang terbesar di dunia yang membekalkan pelbagai teknologi dan bahagian pada kenderaan.

Baru baru ini Bosch Automotive Aftermarket telah memperkenalkan pengelap cermin bilah rata yang menawarkan prestasi mengelap luar biasa dalam apa jua kondisi cuaca untuk pemanduan lebih selamat. Pengelap Clear Advantage Bosch juga membuktikan komitmen Bosch dalam menawarkan mobiliti selamat sempena kempen keselamatan kenderaan Bosch: “Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya“

Lima fakta yang menarik bagi pengelap cermin ini adalah:

  1. Pengelap Clear Advantage Bosch menggunakan teknologi bilah rata Bosch yang membolehkannya menawarkan tekanan mengelap sekata pada keseluruhan bilah pengelap dan cermin utama
  2. Teknologi ini nyata sekali meningkatkan prestasi pengelapan dan memastikan pergerakan yang lebih lancar, bersih dan senyap.
  3. Ia direka khas untuk iklim tropika di Asia dan mampu memberikan ketahanan mengelap walaupun selepas 200,000 kitaran.
  4. Pengelap Clear Advantage Bosch dilengkapi dengan pemadan klip pantas dan boleh dipadankan pada 96% kenderaan di rantau ASEAN.
  5. Harganya juga amat berpatutan, RM65 sepasang dan dijual secara online di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.startwithbosch.com/my/.

Sempena kempen keselamatan ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ dan pelancaran Pengelap Clear Advantage Bosch, Bosch Rover akan melakukan siri jelajah ke lebih 90 lokasi di Semenanjung Malaysia. Ia bermula pada Oktober 2016 hingga Januari 2017 di beberapa lokasi terpilih dan para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, peraduan serta mendapatkan beberapa produk automotif Bosch terpilih pada harga promosi.

Pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM70 boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’. Selain itu, pengunjung boleh menyertai peraduan Kapsyen Gambar Facebook atau ‘Time Challenge’ yang menilai sepantas mana seseorang boleh mengeluar dan memasang satu set pengelap cermin kenderaan. Para pemenang akan memenangi sepasang Pengelap Clear Advantage Bosch baru. Sila rujuk laman sesawang startwithbosch.com.my untuk mengetahui lokasi jelajah Bosch Rover.

KLIK UNTUK BESARKAN

bosch-clear-advantage-wiper-2-lowres bosch-clear-advantage-wiper-3-lowres bosch-clear-advantage-wiper-4-lowres

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply