ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model Konsep Skoda VisionS Bakal Muncul Di Geneva

Views

Skoda telah mengeluarkan beberapa illustrasi model konep terbaharu mereka, VisionS yang bakal membuat kemunculan perdana di Geneva Motor Show bulan depan. Pengeluar dari Republik Czech itu dikatakan ingin memberi bayangan model produksi yang bakal dikeluarkan nanti melalui kajian rekaan model konsep tersebut.

Isyarat gaya rekaan VisionS, banyak dipengaruhi dari model konsep Skoda pada 2014, VisionC yang diadaptasikan kepada bentuk SUV dengan konfigurasi tiga-baris tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga enam orang penumpang. Lampu hadapannya menggunakan LED dan diolah dengan begitu baik bersama gril korporat Skoda yang lebih nipis dan lebar. Di bahagian belakang pula, lampu berbentuk “C”, spoiler bumbung dan corong ekzoz berkembar melengkapi rupa keseluruhan model konsep ini.

Dari segi dimensi, model konsep ini mempunyai ukuran panjang 4.7 meter, lebar 1.91 meter, dan tinggi 1.68 meter.
Model produksi VisionS dijangka membuat kemunculan semasa Paris Motor Show pada bulan Oktober nanti akan berkongsi platform MQB yang sama dengan Volkswagen Tiguan. Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai enjin dan transmisi yang bakal digunakan apabila model ini siap sedia untuk dikeluarkan nanti.

skoda vision s geneva 2016 - front skoda vision s geneva 2016 - rear skoda vision s geneva 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply