ARKIB

KATEGORI

Buletin

Periksa Kereta Proton Anda Di Stesen Petronas Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

Views

Setiap kali sebelum ketibaan musim perayaan, Proton menyediakan pemeriksaan keselamatan 30 mata secara percuma di stesen-stesen Petronas yang terpilih. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama bersama pihak Petronas sempena kempen ‘Petronas Coffee Break’ untuk tahun ini. Promosi ini akan berlangsung sepanjang 4 – 6 Februari 2016, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Wakil-wakil Proton turut ditempatkan di beberapa lokasi terpilih di Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.

Pemeriksaan keselamatan 30 mata percuma ini termasuklah pemeriksaan ke atas tahap cecair, bateri, bilah pengelap, penutup radiator, pengendalian pedal, sistem suspensi, sambungan stereng dan sistem ‘ball joint’, sistem penyejukan, bahan api dan sistem brek serta tekanan tayar (termasuk tayar ganti). Pemilik kereta-kereta Proton juga bakal menerima beg cenderahati yang berisi buah limau mandarin, paket angpau dan air mineral sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka.

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan yang sedang dijalankan di seluruh negara untuk pemilik Proton. Mereka boleh membawa kereta mereka ke mana-mana pusat servis Proton berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan keselamatan secara percuma. Selain itu pemeriksaan juga boleh dilakukan di beberapa lokasi berikut:

• Kawasan Tengah

– Stesen PETRONAS NKVE Damansara
– Stesen PETRONAS Lebuhraya Silk

• Lebuhraya Utara-Selatan
– Stesen PETRONAS Taman Nilam Sari
– Stesen PETRONAS Bandar Anak Bukit
– Stesen PETRONAS Tok Senik

• Kawasan Selatan
– Stesen PETRONAS Lebuhraya Pasir Gudang

• Kawasan Pantai Timur
– Stesen PETRONAS Bentong R & R

Proton percaya kempen ini boleh membantu mewujudkan kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan. Untuk maklumat lanjut hubungi talian pusat khidmat pelanggan kami di 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected].

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply