ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua beri sumbangan kepada 184 keluarga, 24 anak yatim

Views

Sempena meraikan bulan Ramadan, baru baru ini Perodua melalui Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Perodua dan Masjid Nurul Islamiah, Sg.Choh telah mengagihkan barangan makanan keperluan harian kepada hampir 184 asnaf di sekitar kawasan tersebut di sini. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Tuan Haji Noor Hashiman Hashim serta Nazir Masjid Nurul Islamiah, Tuan Haji Khairuddin Mohd Yassin.

Selain itu, Perodua juga turut memberikan duit raya kepada 24 anak yatim di sekitar kawasan ini sebagai persedian mereka menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Sesi bergotong royong memasak bubur lambuk turut diadakan dan disertai oleh 50 sukarelawan Perodua bersama komuniti tempatan menerusi program Mahabbah Ramadan Perodua.

“Program tahunan di bulan Ramadan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan persahabatan serta mengukuhkan perpaduan dan ukhuwah di antara Perodua dan masyarakat setempat, yang kebanyakannya adalah kakitangan Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

KLIK UNTUK BESARKAN

DSC_5434 DSC_5575

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply