ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas angkat kaki dari Indonesia dan Jepun, Ford bakal mengurang pekerja dan henti model kurang laku di Eropah

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Nampaknya kemelut kewangan yang melanda jenama tertua dari Detroit, Ford masih belum selesai dan ia akan mengambil langkah membuang pekerja dari operasinya di Eropah. Langkah penjimatan kos juga dijangka akan melibatkan penghentian model yang tidak begitu laku dan antara model pertama yang akan ditarik dari pasaran ialah model kompak Ka yang pernah menjadi ikon rekabentuk pada awal tahun 1990an dengan gaya yang unik dan tersendiri.

Hakikatnya model Ka terkini tidak lagi menjadi kesayangan pembeli kerana rekabentuk yang konservatif dan spesifikasi hambar. Ford dijangka akan menghasilkan model yang lebih besar bagi menggantikan Ka dan menumpukan perhatian kepada model yang popular seperti Ecosport, Edge dan Kuga.

2013-ford-ka-concept-02

Menurut laporan Autocar, pengurangan pekerja dan bilangan model yang ditawarkan dijangka akan menghasilkan penjimatan USD200 juta dan ini langkah penting untuk Ford terus berdaya maju. Malah Ford mengatakan bahawa dengan penjimatan ini, mereka mungkin berada di hadapan pesaing dari segi kos operasi dan penghasilan produk.

Ford Eropah rugi besar beberapa tahun kebelakangan ini namun berjaya mencatat keuntungan USD259 juta. Bulan Januari Ford telah membuat pengumuman untuk menarik diri dari pasaran Indonesia dan Jepun kerana operasi di dua negara ini tidak mendatangkan pulangan secukupnya untuk menjadikannya mampan dan berdaya saing.

Di Malaysia, jenama Ford tidak lagi terkenal dengan kereta tetapi cukup popular di kalangan peminat pikap kerana model Ranger yang dipasarkan adalah antara yang plaing laris di sini. Model Mondeo, Focus dan Fiesta juga ditawarkan tetapi ianya mendapat sambutan ala kadar namun mereka yang menjadi peminat tegar jenama ini terus menyokongnya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply