ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla lancar trak elektrik Semi

Views

Tesla secara rasminya melancarkan trak elektrik paling dinanti-nantikan Semi, yang menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk sebagai trak masa depan. Menurut Tesla, Semi mampu bergerak sejauh 500 batu dalam kondisi lebuhraya semasa ia membawa muatan seberat 80,000 lbs. Dengan muatan penuh, Semi mampu mencecah kelajuan 96 km/j dalam masa 20 saat, jauh lebih pantas dari mana-mana trak-semi berenjin diesel dalam pasaran. Apabila trelernya dicabut, ia mampu mencecah kelajuan yang sama hanya dalam masa 5 saat!

Tesla Semi dijana oleh empat motor elektrik bebas yang memacu empat roda di belakangnya. Satu lagi perkara yang menarik mengenai Tesla Semi menurut Musk, kenderaan tersebut tidak mungkin boleh terjongket kerana Semi menggunakan roda belakang bebas untuk melaras tork secara dinamik bagi menghalang kejadian tersebut berlaku.

Setiap unit Tesla Semi yang dijual akan dilengkapi dengan sistem Autopilot yang dipertingkatkan sebagai ciri standard. Selain itu Semi turut dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong Automatik dan Brek Autonomi. Tesla memberi jaminan, trak tersbut tidak akan mengalami kerosakan untuk sejuta perbatuan yang pertama. Pemilik juga bakal mendapat manfaat dari pengecas berkuasa terbaharu Megacharger yang boleh memberikan jarak tambahan sejauh 400 batu dengan masa mengecas cuma 30 minit.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply