ARKIB

KATEGORI

Buletin

1.2 juta rakyat Malaysia dikesan tiada lesen memandu yang sah

Views

Memetik laporan dari Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya mengesan 1.2 juta rakyat di negara ini yang sepatutnya layak mendapat lesen memandu tetapi tidak mempunyai lesen tersebut. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron, pihaknya kini sedang giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memiliki lesen memandu yang sah serta dan akan memastikan mereka mendapat lesen tersebut.

Katanya, “Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam. Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen”.

Nadzri berkata, perkara itu selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 – 2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini dengan 62 peratus darinya melibatkan kemalangan motosikal. Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan pada tahun lalu, dan bilangan itu amatlah membimbangkan. Ini kerana 30 peratus daripada jumlah berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Pesanan kami kepada yang sepatutnya mereka yang layak untuk memohon lesen memandu, buatlah dengan segera. Jangan ditangguh sehingga terjadi perkara yang tak diingini. Nanti siapa yang susah, mereka dan keluarga mereka juga kan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • 30 peratus daripada jumlah 6,700 kemalangan maut direkodkan pada tahun lalu membabitkan pelajar sekolah..! Ibu bapa dinasihatkan menghantar anak ke akedemi memandu untuk mengambil lesen memandu motorsikal dan kereta apabila umur mereka layak untuk memiliki lesen..

Leave a Reply