ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wakil media uji kecanggihan Proton e.MAS 7 dalam Weekend SPARK, PRO-NET tawar diskaun pengecasan 30 peratus sempena Tahun Baru Cina

Berita Tempatan

Views

PRO-NET baru-baru ini meraikan tahun baru 2025 dengan pemanduan jarak jauh pertama e.MAS 7 yang dikenali sebagai Weekend SPARK Media Drive ke bandar raya bersejarah Melaka.

Pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri teknologi canggih e.MAS 7 dan menilai prestasinya dalam keadaan jalan sebenar.

Ciri-ciri seperti unit pemanduan pintar 12-dalam-1 dan ADAS separa-autonomi Tahap 2 diuji di atas pelbagai jenis permukaan jalan termasuk jalan bandar, luar bandar, jalan sehala dan juga lebuh raya.

Acara pelepasan konvoi pada pagi itu dari Proton Center of Excellence (COE) menandakan permulaan “e.MAS 7 Efficiency Challenge” dengan garisan penamat di salah sebuah pengedar Proton e.MAS di Melaka.

Cabaran ini bertujuan untuk menilai pemanduan pengunaan bateri yang paling minima dalam mempamerkan pek bateri generasi baharu serta unit pemanduan dalam kedua-dua varian, iaitu Prime dan Premium e.MAS 7.

Pasukan yang diketuai oleh media automotif, Ikhwan Nazri yang muncul sebagai pemenang telah berjaya menyelesaikan cabaran kecekapan dengan memandu dari COE ke pusat pengedar Proton e.MAS di Melaka dengan hanya menggunakan 30 peratus cas bateri dengan berbaki jarak sebanyak 300km.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Ujarnya, dia sangat kagum dengan empat tetapan regen yang tersedia dan dengan memilih tetapan paling rendah, ia memberikan e.MAS 7 lebih inersia dalam membantu meluncur dan meredah.

Ini membolehkan pasukannya mendapatkan angka penggunaan tenaga terendah dan menduduki tempat teratas dalam cabaran “Efficiency Challenge”.

Reka bentuk futuristik yang anggun pada e.MAS 7 dapat dibandingkan dengan seni bina bersejarah bangunan ikonik seperti Stadthuys dan A Famosa.

Gabungan antara moden dan tradisional ini mencipta latar belakang yang unik bagi cabaran akhir Pengembaraan Media ini.

Cabaran kreatif ini menggalakkan kreativiti di kalangan media untuk menghasilkan video pendek dalam mempertontonkan perjalanan tersebut sambil menunjukkan keterujaan mereka terhadap EV baharu Proton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, acara ini adalah peluang untuk rakan media menikmati hujung minggu yang santai sambil menyertai cabaran-cabaran yang menyeronokkan dalam menonjolkan keupayaan EV baharu Proton.

Sempena menyambut Tahun Baru Cina dan meraikan penghantaran Proton e.MAS 7 yang pertama kepada pelanggan, PRO-NET menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk caj pengecasan awam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Dari 25 Januari hingga 3 Februari 2025, pemilik EV Proton e.MAS dan smart boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih daripada 80 peratus stesen pengecasan awam.

Dengan hanya menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan anda, potongan diskaun akan diberikan secara automatik.

Proton e.MAS ingin menjadikan pemilikan EV sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. Dengan ciri pintar seperti kesediaan stesen pengecasan secara langsung dan perancangan laluan berdasarkan tahap bateri kereta, anda boleh memandu dengan penuh keyakinan.

Hal ini kerana rangkaian pengecasan yang dikendalikan oleh Shell Recharge termasuk Stesen Pengecasan Berprestasi Tinggi sepanjang lebuh raya utama, dengan kebanyakan stesen mampu menyediakan kuasa pengecasan 180kW.

Selain itu, perkongsian dengan Shell Recharge telah menambah lebih banyak titik pengecasan di sepanjang lebuh raya dan kawasan tumpuan bandar, termasuk pengecasan pantas.

Penambahan ini mengikuti integrasi terkini rangkaian ChargeSini, dimana ia juga merupakan yang pertama di Malaysia dan boleh diakses melalui rangkaian perayauan.

Rangkaian pengecasan yang boleh diakses melalui aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart termasuk Gentari, Jomcharge, chargEV, DC Handal, CarputZap, dan ChargeSini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply