ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Info Risik

Views

Sejak Proton membuka cerita yang mereka kini sedang bekerja rapat dengan Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely), untuk meneroka aktiviti peningkatan model dari platform yang sedia ada, kami terus mengerahkan ejen perisik Mat Bond untuk mendapatkan maklumat.

Imej janaan Kecerdasan  Buatan (AI)

Menurutnya, salah satu model yang sedang dibangunkan di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di di Teluk HangzhouChina adalah model Saga MC3 dan buat masa ini ia masih lagi belum mempunyai namakod dalaman.

Dikhabarkan Saga MC3 dibangunkan dari pelantar model semasa yang dipertingkatkan dan akan mempunyai dua versi, iaitu sedan dan juga hatchback.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Versi hatchback Saga MC3 hanya akan ditawarkan setahun selepas versi sedan dilancarkan dan ada ura-ura mengatakan ia adalah versi yang diberi sentuhan gaya crossover.

Imej janaan Kecerdasan  Buatan (AI)

Saga MC3 menampilkan reka bentuk luaran serta dalaman serba baharu, dan dijangka bakal menerapkan elemen gaya rekaan terkini Proton seperti jeriji berbentuk busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave dengan kemasan berbentuk butiran motif songket.

Lebih menarik, ia berkemungkinan besar akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga versi elektrik (EV).

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ada maklumat yang mengatakan, enjin ICEnya akan menggunakan teknologi yang dibekalkan oleh HORSE Powertrain Limited, syarikat usahasama antara Renault Group dan Geely Holding.

Menurut sumber yang berlainan, enjin tersebut adalah versi yang terkini dari keluarga enjin Geely, berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas – torque converter).

Imej janaan Kecerdasan  Buatan (AI)

Enjin tersebut juga bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjung Malim, kelak. Tambah Mat Bond lagi, Saga MC3 dijangka diperkenalkan menjelang akhir tahun 2025.

Penulis menjangkakan unit ujian ‘cura/olok-olok’ (mule) dan juga prototaip sebenar Saga MC3 bakal ‘turun ke jalanan’ sebelum akhir tahun ini. Bersiap siagalah dengan kamera anda semua ya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan hasil janaan Kecerdasan  Buatan (AI)

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply