ARKIB

KATEGORI

Buletin

12 unit Edisi Terhad Volkswagen Beetle berjaya dijual dalam masa 20 minit

Views

Jika Polis Angkasa Gavan memerlukan 0.025 saat untuk bertukar, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pula mencatat sejarah dengan memerlukan hanya 20 minit untuk menjual kesemua 12 unit Edisi Terhad Volkswagen Beetle menerusi platform e-dagang terkemuka Lazada Malaysia. Dengan harga jualan RM112,112* seunit, unit pertama Beetle telah berjaya dijual hanya 26 saat selepas jam 12 tengah malam!

VPCM berkolaborasi dengan Lazada dengan menawarkan Edisi Terhad Volkswagen Beetle sempena jualan mega Lazada’s Online Revolution yang bermula dari 12 hingga 14 Disember 2017. Dua versi rekaan ditawarkan, “Herbie 53” diberi dua pilihan warna iaitu Pure White dan White Silver, manakala satu lagi versi “Hot Bug” hanya ditawarkan dalam warna Tornado Red. Untuk membuat tempahan pelanggan hanya perlu membeli Welcome Kit eksklusif di Lazada dengan harga RM5,000 sebagai pra-pembayaran untuk yuran tempahan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, syarikat amat teruja dan berjaya mencatat sejarah menerusi kolaborasi ini dan secara tidak langsung menunjukkan bagaimana penerimaan rakyat Malaysia terhadap pembelian secara atas talian. Sebagai tambahan Edisi Terhad Volkswagen Beetle ini turut ditawarkan dengan waranti pengeluar 5-tahun dan bantuan tepi jalan selama 5-tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply