ARKIB

KATEGORI

Buletin

24 helikopter baharu bakal ganti Nuri – Panglima TUDM

Berita Tempatan

Views

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan melakukan perolehan sebanyak 24 buah helikopter Search and Rescue (SAR)/Utiliti yang baharu bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61A4 “Nuri” pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) dan Rancangan Malaysia Ke-14 (2031-2035).

Portal Defense Security Asia melaporkan, perolehan helikopter baharu itu akan dilakukan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2026 merangkumi dua Rancangan Malaysia.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pembelian helikopter-helikopter SAR/Utiliti yang baru bagi menggantikan Nuri itu adalah untuk memenuhi keperluan TUDM terutamanya dalam melaksanakan operasi mobiliti udara.

Katanya, kumpulan pertama 12 buah helikopter baharu itu dirancang untuk memulakan perkhidmatannya (dengan TUDM) pada 2026 untuk menggantikan helikopter yang disewa.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kumpulan kedua 12 helikopter baharu pula akan diperoleh selepas itu, menjadikan kesemuanya 24 buah helikopter SAR/Utiliti untuk memenuhi keperluan TUDM.

Beliau berkata, helikopter Nuri yang berusia 50 tahun telah terlalu uzur untuk beroperasi malah kos penyelenggaraannya juga adalah terlalu mahal. TUDM telah menggunakan helikopter Nuri sejak negara masih memerangi pengganas Komunis.

Tambahnya, jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan bulan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat ganti.

Selain itu, TUDM mempunyai perancangan untuk menggantikan pesawat berkenaan tetapi ia masih di peringkat penilaian.

Usaha menggantikan helikopter Nuri itu akan dilakukan menerusi dua peringkat, iaitu sewaan helikopter jangka pendek dan perolehan helikoper baharu untuk menggantikan Nuri untuk jangka panjang bagi mengatasi masalah penamatkan operasi helikopter Nuri itu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Strategi ini bermatlamat untuk memastikan perolehan-perolehan lain dan yang telah dirancang menjadi kenyataan menerusi perbelanjaan berhemah peruntukan kerajaan.

Beliau berkata, langkah jangka pendek itu yang akan menyaksikan TUDM menyewa helikopter-helikopter daripada syarikat penerbangan berlesen di bawah program sewaan itu dan ia akan bermula pada tahun ini sehingga 2026.

Ackbal tidak mendedahkan bilangan helikopter yang akan disewa itu. Helikopter-helikopter itu akan disewa di bawah konsep “GOCOM” (Government-Operate-Company-Own and Maintain) yang akan memastikan TUDM mencapai misi dan objektifnya dalam memperolehi helikopter baharu.

Pada ketika ini, helikopter-helikopter EC725AP milik TUDM digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan keperluan Rotary Air Mobility (RAM) dan TUDM juga merancang untuk menaik taraf lapan buah lagi helikopter EC725 itu.

Kesemua helikopter itu akan dinaik taraf kepada versi Combat Search and Rescue (CSAR) pada RMK-12. Helikopter EC725 itu nanti akan dilengkapi dengan beberapa kelengkapan tambahan bagi membolehkan ia melaksanakan operasi CSAR dengan berkesan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply