ARKIB

KATEGORI

Tular

Isteri hamil mengidam bau tar jalan, suami pun layankan je lah…

Tular

Views
@nazirrkatimonApa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?♬ original sound – AbangKurier

Pelik tapi benar! Tempoh berbadan dua bukanlah proses yang mudah. Sepanjang tempoh kehamilan itu, si suami juga tidak terkecuali ‘penatnya’ kerana mereka juga perlu memahami dan melayani karenah si isteri.

Menurut Sinar Plus, itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki bernama Nazir menerusi perkongsiannya dalam sebuah video di TikTok baru-baru ini.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, isterinya yang sedang hamil telah meminta sesuatu yang agak pelik iaitu mengidam bau cat dan jalan tar. Demi menuruti kehendak itu, Nazir berkongsi detik bermakna itu kepada orang ramai.

Berdasarkan rakaman tersebut, setibanya lelaki itu di lokasi, terpancar rasa gembira wanita itu apabila dapat menghidu bau tar.

Wanita itu begitu syok ‘melayan’ bau tersebut, meskipun sekadar dari tingkap kereta sahaja. Kata Nazir, mujurlah kebetulan pada masa itu ada projek menurap jalan berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kegusaran seandainya selepas ini isterinya mengidam permintaan yang lagi ‘dahsyat’.

Sungguhpun begitu, demi cinta dan kasih sayang, dia akan mencuba sehabis baik untuk melayani segala permintaan isterinya itu. Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet mengenai video itu.

Ada di antara mereka mengakui pernah mengidam bau tar jalan selain ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam benda-benda aneh daripada kebiasaan selain daripada makanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply