ARKIB

KATEGORI

Buletin

3,923 unit Toyota Avanza terlibat dalam Kempen Servis Khas (SSC) untuk penggantian pam bahan api

Berita Tempatan

Views

Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), semalam telah mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi menggantikan pam bahan api untuk model Toyota Avanza. Ia merupakan lanjutan daripada kempen sebelum ini.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Toyota Motor Corporation (TMC), sebanyak 3,923 unit Avanza yang dikeluarkan dari Oktober 2017 hingga Jun 2019 dan diedarkan oleh UMWT terlibat dalam kempen ini. Model yang tiada dalam senarai tersebut tidak terlibat.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Difahamkan kenderaan yang dilengkapi dengan pam bahan api berkenaan mungkin tidak boleh berfungsi. Sekiranya ini berlaku, lampu amaran dan mesej akan dipaparkan pada panel instrumen dan mungkin kehilangan kuasa enjin seterusnya menyebabkan kenderaan terhenti dan tidak boleh dihidupkan kembali.

UMWT akan memaklumkan pemilik kenderaan yang terjejas untuk menggantikan pam bahan api tersebut tanpa dikenakan sebarang caj. Untuk maklumat lanjut, pelanggan yang terlibat boleh terus menghubungi Pusat Servis Toyota yang sah atau talian bebas tol Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?ganti 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply