ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi sebuah Iriz 1.6L Premium menerusi peraduan yang dianjurkan bersama oleh Proton dan Huawei

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina, Proton dan Huawei memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah Iriz 1.6L Premium serta produk Huawei menerusi peraduan “Together. Light Up the Moments”.

Peraduan ini telah pun bermula sejak 11 Februari 2021 dan akan berakhir pada 30 April 2021. Untuk menyertainya, anda hanya perlu membuat tempahan model-model Proton yang terpilih (kenderaan perlu didaftarkan sebelum 31 Mei 2021), atau membeli peranti berjenama Huawei.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ia terbuka kepada semua warga Malaysia yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu sah (kelas-D). Pelanggan yang menempah model Persona, Iriz, Exora, atau Saga dari mana-mana cawangan atau pengedar Proton dari tarikh tersebut dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Mei 2021 atau mereka yang membeli peranti Huawei di Huawei Brand Store dan Huawei Operator Store dari tarikh yang sama layak untuk menyertai peraduan.

Untuk menghantar penyertaan, anda perlu ambil gambar dan hantarkan foto paling kreatif kereta Proton yang ditempah atau peranti Huawei ke akaun Facebook atau Instagram. Letakkan tanda pagar (#PROTONHUAWEITOGETHERLIGHTUPTHEMOMENTS, #HUAWEI, dan #HIPROTON) serta lengkapkan ayat “Saya suka kereta Proton kerana … atau Saya suka Huawei kerana …” dan tambahkannya sebagai kapsyen dalam hantaran tersebut.

Jangan lupa tetapkan hantaran Facebook atau Instagram tersebut sebagai umum (public). Kemudian, layari www.protonhuaweitogetherlightupthemoments.com dan jawab soalan mudah serta masukkan butiran kontak anda. Muat naik bukti tempahan (untuk kereta Proton) atau pembelian (peranti Huawei) di laman sesawang tersebut.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Akhir sekali, masukkan pautan ke hantaran anda tadi. Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap individu. Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan:

KategoriHadiah PeraduanJumlah Kuantiti
Hadiah UtamaProton Iriz 1.6L Premium1
Hadiah PertamaHuawei Matebook X PRO1
Hadiah KeduaHuawei Mate40 PRO2
Hadiah KetigaHuawei Matepad PRO 5G3
Hadiah KeempatHuawei Nova 7SE 5G5
Hadiah KelimaHuawei Watch GT 2 PRO10
Hadiah KeenamHuawei Freebuds12
Hadiah KetujuhHuawei Watch Fit13

Selamat mencuba!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply