ARKIB

KATEGORI

Buletin

59 peratus pemandu Malaysia tiada perlindungan kerosakan akibat banjir – Zurich Malaysia

Berita Tempatan

Views

Menurut satu Kaji Selidik Impak Pandemik terhadap Perlindungan, Zurich Malaysia mendapati bahawa 59 peratus daripada pemandu Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir.

Mereka mungkin mengalami kerugian besar sekiranya tidak bersedia dan beranggapan bahawa mereka tidak akan terjejas. Ini amat membimbangkan kerana Malaysia kerap mengalami musim tengkujuh, seperti musim Monsun Timur Laut yang melanda dari November hingga Mac tahun depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada beberapa buah negeri yang dijangka mempunyai taburan hujan yang lebih tinggi daripada purata antara 450 mm dan 1,000 mm pada bulan November dan Disember.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Selain banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang juga merupakan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna jalan raya di Malaysia. Hanya satu bagi setiap tiga pengguna jalan raya (34 peratus) mempunyai perlindungan untuk ribut, termasuk pokok tumbang, dan hanya 29 peratus dilindungi untuk tanah runtuh.

Kaji selidik ini juga mendapati bahawa dari segi pembaharuan insurans dan takaful kenderaan, rakyat Malaysia masih menggunakan ejen untuk berbuat demikian. Daripada 990 responden yang memiliki kenderaan bermotor, 38 peratus memilih untuk menggunakan ejen walaupun terdapat portal dalam talian.

Namun begitu, portal dalam talian adalah kaedah yang paling popular dengan kadar penggunaan sebanyak 43 peratus. Sementara itu, 16 peratus daripada rakyat Malaysia memilih untuk mengunjungi kiosk atau pejabat pos bagi memperbaharui insurans atau takaful kenderaan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dari segi perlindungan insurans dan takaful kenderaan, trend yang perlu diberi perhatian ialah kebanyakan rakyat Malaysia memilih pelan yang meliputi semua pemandu (36 peratus), dan bukannya hanya pemandu yang dinamakan dalam polisi (34 peratus).

Sesetengah rakyat Malaysia mungkin mendapatkan perlindungan semata mata untuk memiliki insurans atau takaful kenderaan yang sah supaya dapati memperbaharui cukai jalan. Ini kerana 47 peratus daripada responden melaporkan yang mereka tidak pasti kandungan pelan perlindungan mereka.

Mula dijalankan pada September 2021, kaji selidik tersebut melibatkan 1,201 rakyat Malaysia di seluruh negara, di mana 990 daripadanya adalah pemilik kenderaan. Ia merupakan usaha Zurich Malaysia untuk memahami landskap pengguna tempatan dan mereka bentuk pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan gaya hidup.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply