Tahukah anda pada tahun 1997, Perodua pernah meminta syarikat automotif dari Itali, Stola untuk menggayakan semula model ‘hatchback marhaen’, iaitu Kancil?
Menurut portal Carrozzieri Italiani, Perodua telah diperkenalkan kepada Stola oleh syarikat Hawtal & Whiting untuk mereka bentuk semula model Kancil setelah beberapa tahun pengeluarannya di bawah lesen dari Daihatsu.
Antara yang perlu dilakukan oleh pihak Stola adalah kejuruteraan sepenuhnya, master model dan beberapa siri prototaip, namun buat pertama kalinya dalam portfolio mereka, Stola diminta oleh Perodua untuk mencadangkan gaya luaran dan dalaman sebuah kereta baharu.
Cabaran ini telah disahut oleh Stola dan mereka telah meletakkan Leonardo Fioravanti, Porsche Engineering Service dan Marcello Gandini untuk bersaing bagi mendapatkan cadangan reka bentuk yang terbaik.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Foto-foto ini adalah cadangan reka bentuk Kancil dari Gandini. Sekilas pandang, reka bentuk Kancil dari Gandini ini mempunyai pengaruh reka bentuk dari model Fiat Punto 1 versi dua pintu, keluaran 1993 dari bahagian sisi.
Dari pandangan depan, ia mengingatkan kita kepada Kancil lampu bulat pada 2002, terutama sekali pada bahagian bampar. Reka bentuk jerijinya hampir sama dengan model Kelisa versi pertama, manakala bentuk lampu petak masih dikekalkan.
Sayang sekali model ini tidak menjadi kenyataan dan kami tidak pasti sama ada Perodua masih menyimpan lagi khazanah ini atau tidak. Apa pendapat anda mengenai rekaan Kancil tak jadi ni?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI