ARKIB

KATEGORI

Tular

Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Tular

Views

Anda mungkin akan tergelak besar bila membaca kisah ini. Sejak 29 September lalu, tular dua foto tangkap layar yang memaparkan penjualan pelekat P dengan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laman e-dagang Taobao, China.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Foto tersebut dimuatnaik oleh pemilik akaun Faceook bernama Takeshi Kaneshiro (bukan pelakon siri Kamen Rider) dan telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Setakat artikel ini ditaip, hantaran tersebut telah mendapat lebih 489 komen dan 2,900 perkongsian.

Harga pelekat P itu dijual pada USD 4.49 (RM18.77) sekeping. Boleh tahan juga harganya kan? Dikatakan pelekat P itu kini mula menjadi ‘buruan peminat’ yang mungkin tersalah anggap ia pelekat JDM (Model Domestik Jepun) seperti yang diiklankan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Jika mereka tahu itu adalah versi MDM (Model Domestik Malaysia) untuk menandakan pemandu masih lagi dalam tempoh ‘lesen percubaan’ pasti mereka akan menyesal kan?

Teringat pula penulis pada segelintir rakyat Malaysia yang mempunyai hobi suka menampal pelekat simbol Jepun digelar ‘wakaba‘ atau ‘shoshinsha‘ berwarna hijau dan kuning tu. Ia bermaksud sama seperti pelekat ‘P’ di Malaysia. Kelakar betul la.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Takeshi Kaneshiro

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply