ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Foto Tiris

Views

Jika bulan lalu kita dapat melihat wajah sebenar Toyota Avanza Veloz 2022 (namakod D26A), kali ini kita dapat menatap satu lagi kembar Perodua Alza (D27A), iaitu Daihatsu Xenia 2022. Kedua-dua model ini bakal membuat debut global pertama di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021 tidak lama lagi.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Foto-foto tiris terbaharu Daihatsu Xenia 2022 ini telah dimuatnaik ke telah dimuat naik ke laman Instagram, b_channel_indonesia kira-kira sejam yang lalu. Jika diperhatikan, perbezaan ketara antara Avanza/Veloz dan Xenia generasi baharu ini adalah pada bahagian jeriji dan bampar.

Lampu utamanya masih berkongsi reka bentuk yang sama dan secara keseluruhan, hanya perbezaan kosmetik yang kecil membezakan identiti antara kedua-duanya. Avanza/Veloz mempunyai bukaan jeriji yang lebih lebar dan luas, manakala Xenia tampil ‘lebih sopan’ dengan jeriji yang sedikit nipis.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Jika dilihat pada senarai varian yang kami dedahkan dalam artikel terdahulu, kedua-dua model ini akan dilengkapi dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.3-liter 1NR-VE dan 1.5 -liter 2NR-VE yang digandingkan bersama pilihan transmisi manual dan CVT.

Model yang dibangunkan dari pelantar DNGA ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, seperti enam beg udara dan brek kecemasan autonomi. Agak-agak macam mana rupa Perodua Alza (D27A) nanti?

Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu Xenia 2022

Toyota Avanza Veloz 2022

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply