ARKIB

KATEGORI

Tular

Tidak berhenti solat Subuh, Sani Express ambil tindakan pada pemandu bas

Tular

Views

Syarikat Bas, Sani Ekspress Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap pemandu bas yang didakwa tidak berhenti solat Subuh serta meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.

Menurut Sinar Harian, Sani Ekspress menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu tersebut tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini dan siasatan dalaman akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Jelas kenyataan tersebut, pemandu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambah kenyataan itu, berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam.

Pihak syarikat berasa kesal atas apa yang berlaku dan memandang serius berhubung insiden itu. Sani Express juga ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan berusaha supaya perkara ini tidak berulang.

Pada Ahad tular di media sosial seorang pengguna akaun Facebook, Muhammad Safwan memuat naik status menceritakan kejadian dialami sepanjang perjalanan menaiki bas tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Katanya, pemandu bas berkenaan tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya lokasi bas berhenti untuk menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, penumpang berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Safwan berkata, dia berterima kasih kerana isu itu mendapat maklum balas syarikat pengangkutan berkenaan.

Katanya, apa yang berlaku bukan dialami oleh dirinya sahaja, malah terdapat beberapa penumpang yang tampil menyuarakan perkara sama.

Dia berharap apa yang berlaku jadi pengajaran kepada semua supaya berubah menjadi lebih baik dan dapat menjadikan solat sebagai keutamaan dalam apa jua keadaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Safwan

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply