ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Info

Views

Bila sebut pasal Proton Juara, macam-macam nama diberikan kepadanya. Gelaran yang tersohor adalah “peti ais bergerak“.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak berasaskan Mitsubishi Town Box yang dilancarkan pada 2001 mempunyai reka bentuk kotak yang unik dan pelik.

Menurut K! ONLINE, ketika di awal jualannya, MPV ini tidak mendapat permintaan yang banyak ditambah pula dengan harga sekitar RM50, 000 yang agak mahal ketika itu.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Jualannya terus merudum, sekitar 2010 kereta ini hanya dijual pada harga RM3, 000 ke RM4, 000 sahaja bagi kondisi yang baik.

Manakala bagi yang berkarat dan rosak, ianya menjadi reban ayam mahupun sebagai pelapik papan di bawah pokok jambu sahaja.

Namun, sejak kebelakangan ini, ia mula menjadi sebutan ramai, mungkin kerana bentuknya yang tinggi menjadi pilihan peniaga tepi jalan.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Bukan itu sahaja, trend menjadikannya sebagai van camper ketika ini membuatkan Juara menjadi pilihan ramai. Menjengah ke beberapa portal jualan kereta, nampaknya harga Juara kini telah mencecah RM10, 000 ke RM15, 000 sebuah bagi yang masih dalam keadaan baik.

Untuk mendapatkannya juga agak sukar ketika ini, orang ramai turut berpandangan sama dan mendapati model ini sudah semakin pupus.

Jelas Yap Ah Chong, dahulu Juara bukanlah pilihan berikutan reka bentuknya yang pelik, namun dia agak terkejut kerana harga dan juga permintaan terhadap model ini semakin meningkat sekarang.

Kata Wan Aziz Wan Deraman pula, Juara adalah model yang bagus kerana ia dilengkapi dengan pintu jenis gelongsor di kedua-dua belah. Tambah Wan Aziz, harga Juara sekarang semakin mahal dan ia memang pilihan ‘kaki modifikasi’ kereta..

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ayen Shah

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply