ARKIB

KATEGORI

Buletin

8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya penyerahan unit ke-8,500, Proton X70 yang telah diserahkan kepada pemiliknya, genap 100 hari dari tarikh pelancarannya rasmi. Sebanyak enam unit model tersebut telah diserahkan kepada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG) yang akan digunakan sebagai kereta korporat mereka.

X70 juga mencipta rekod bagi jumlah penghantaran terbanyak dalam segmennya dan dalam masa yang sama menjadikan Proton sebagai salah satu pengeluar utama dalam pasaran SUV di Malaysia. Proton  turut mencatat pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42 peratus untuk dua bulan pertama tahun 2019.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

SUV pertama Proton itu juga merupakan model paling popular untuk bulan Januari dan Februari. Ia kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut- turut. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, syarikat terharu dengan sokongan daripada pembeli dan akan terus berusaha untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin.

Turut hadir dalam acara semalam adalah Datuk Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRB- HICOM manakala dari pihak LHAG pula adalah Rosli Dahlan, yang merupakan rakan kongsi di firma undang-undang tersebut. Rosli berkata, syarikatnya gembira dengan kejayaan ini kerana mereka telah lama menjadi rakan kongsi Proton dan DRB-HICOM. Ini sekaligus bakal mengukuhkan lagi hubungan antara syarikat-syarikat tersebut.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply