ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ada yang masih berdegil rentas daerah guna laluan tikus

Berita Tempatan

Views

Polis kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak mengalihkan penghadang batu konkrit bagi mengelak orang ramai merentas daerah menggunakan laluan tikus Kampung Bukit Tembaga, di Padang Terap, kerana boleh menyebabkan penularan jangkitan COVID-19.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, kegiatan itu dikesan pihaknya yang melakukan pemantauan serta rondaan di kawasan berkenaan dan didapati banyak kali batu penghadang konkrit itu dialihkan bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan itu.

Beliau berkata, jalan kampung itu boleh menghubungkan dua daerah iaitu Pokok Sena di daerah Kota Setar dan Perik ke Kubang Pasu. Berikutan itu, katanya, pihaknya akan menutup terus semua laluan kampung di daerah itu bagi mengelak ada yang menggunakan laluan tikus berkenaan untuk merentas daerah tanpa kebenaran polis.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, sebelum ini pihaknya bimbang berlaku penularan kerana daerah Padang Terap sebelum ini berada di zon hijau tetapi kini sudah merah disebabkan jangkitan COVID-19. Jadi untuk mengelakkan berlakunya penularan terus jangkitan ini, pihaknya terpaksa menutup terus laluan kampung ini dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan ada individu menggunakan laluan ini untuk keluar masuk.

Mulkiaman berkata, daerah Padang Terap mempunyai tiga sekatan jalan raya (SJR) iaitu di sempadan Pokok Sena-Bukit Tembaga, Jalan Perik – Kubang Pasu dan Ops Benteng Durian Burung. Beliau berkata, selain itu, pada 19 Julai lalu iaitu sehari sebelum sambutan Aidiladha lalu, pihaknya menutup empat laluan tikus di daerah itu yang menjadi laluan orang ramai untuk merentas daerah.

Katanya, antara kawasan terbabit adalah tiga di Bukit Tembaga dan satu di Jalan Perik di Kubang Pasu yang ditutup dengan batu konkrit. Namun beliau  kesal apabila ada individu yang cuba mengalihkan batu konkrit berkenaan untuk memudahkan urusan pergerakan merentas daerah yang boleh mengakibatkan penularan jangkitan, dan pihaknya tidak mahu perkara ini terus berlaku.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 48 tahun dikompaun RM5,000 kerana melakukan pergerakan merentas daerah dari Kubang Pasu ke Padang Terap menggunakan laluan kampung berkenaan, jam 11.30 pagi tadi. Lelaki itu memandu kereta jenis Mazda memberi alasan datang ke daerah ini untuk bertemu rakannya dan mengambil bekalan kelapa dengan menunjukkan surat kebenaran polis yang menggunakan nama individu lain.

Berikutan itu, lelaki terbabit dikompaun mengikut Seksyen 22(b) Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPB)(1988) dan Peraturan 17 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.

Mulkiaman juga turut meminta penduduk di daerah ini supaya tidak keluar merentas daerah sesuka hati tanpa kebenaran kerana pihaknya mahu daerah ini kembali ke zon hijau dan mengelak dari sebarang jangkitan COVID-19. Beliau berkata, pihaknya tidak akan menerima sebarang alasan tidak munasabah kecuali kematian dan kecemasan untuk melakukan pergerakan merentas daerah ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply