ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia sumbang barangan keperluan kepada beberapa rumah kebajikan di Melaka

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia bersama Honda Malaysia Suppliers Club (HMSC) terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 dengan membantu komuniti tempatan di Melaka. Mereka telah menyumbangkan hampir RM40,000 barang keperluan kepada enam rumah kebajikan di Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.

Ini termasuk rumah orang tua, pusat kebajikan dan rumah anak yatim. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, mereka memahami situasi yang mencabar pada ketika ini dan percaya untuk mengatasinya, kita perlu terus ke hadapan bersama-sama dan membantu satu sama lain.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Disebabkan negara masih dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di beberapa buah negeri, rumah kebajikan semakin sukar untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai. Antara barang keperluan yang diagihkan termasuklah beras, tepung, telur dan minyak masak, termasuklah produk penjagaan diri sepeti lampin pakai buang, pencuci dan gel mandian.

Mereka turut menerima barangan tambahan seperti pakaian untuk dewasa, serta buku mewarna dan mainan kecil untuk kanak-kanak. Pihak Honda Malaysia berharap sumbangan ini bersama orang awam dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah Chujo, Honda Malaysia berharap agar program vaksinasi dapat membantu untuk membendung penulatan wabak COVID-19 dan memberikan persekitaran yang selamat untuk Malaysia

Enam rumah kebajikan yang menerima bantuan tersebut terdiri daripada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Dan Warga Emas Alor Gajah, Pertubuhan Kebajikan Warga Emas dan Anak Yatim Victory, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan, Persatuan Kebajikan Sri Murni Insan Istimewa, Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna dan Pusat Jagaan Pertubuhan Villa Harapan.

Bantuan ini telah disampaikan pada 26 dan 28 Julai 2021 dan akan memanfaatkan lebih daripada 300 orang. Semua pengedaran barangan yang dilakukan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply