ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Adakah ini Suprima S versi manual?

Views

suprima s 1

Foto spyshots Suprima S ini telah berjaya dirakam oleh rakan kita Kyrel Izam petang tadi. Suprima S berwarna putih menggunakan trade plate telah ditemui di MRR2, laluan dari Melawati menuju ke Pandan. Adakah ini Suprima S versi manual? Ataupun ada versi lain Suprima S yang bakal dilancarkan nanti? Setakat ini Suprima S versi manual enam kelajuan masih belum dilancarkan, tapi terdapat info yang mengatakan versi ini akan dilancarkan di Australia terlebih dahulu. Walau apa pun, kita tunggu perkembangan selanjutnya.

* Proton sepatutnya lancar versi manual Suprima S ke pasaran Malaysia seberapa cepat yang mungkin. Sebab ramai juga yang nak tau prestasi sebenar enjin turbo CFE dengan transmisi Getrag enam kelajuan. Transmisi CVT agak membataskan kemampuan sebenar enjin tu, hehehe.. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

37 Comments


  • Versi murah kot.. ?? Tp bkn SV la ..Kalau 6mt getrag bole convert ke preve ke?? Da bosan convert wiralancer .. Hehe dpt counter balik dgn body berat ..


  • Bilangan gear tidak membuat ia lebih laju. Hanya meratakan tork curve sahaja. Mengurangkan penggunaan minyak. Selagi kuasa enjin tak bertambah utk mengatasi berat yg menghampiri 1.4 tan, selagi itu lah sama sahaja lajunya dgn CVT. Selagi ECU tak direprogramkan, selagi itulah kuasa dari turbo digunakan utk kelajuan rpm rendah sahaja.


    • Kalau proton dapat jumpa ratio gear yg sesuai utk penjimatan fc adalah bonus ..+ lagi vvt yg buit in dlm cfe ..pd masa yg sama tidak mengorbankan performance ..proton juga boleh cuba MPI atau DI sbg suntikan bahan api cfe ..


  • Vehicle stabilizing control dan Traction control sama dgn kereta mewah yang mahal, bila hujan atau corner amat stabil. Besi pula dari Ultra High Tensile steel, kalau terbalik tak leper.


    • VSC atau Traction Control tidak akan menolong dlm keadaan hydroplaning, Ia terjadi bila air meliputi permukaan tayar yg bersentuh dgn permukaan jalanraya. Kedua sistem ini hanya brek tayar yg berpusing lebih laju dari tayar lain. Tak guna bila ia brek tayar yg sedang hydroplane kerana ia sememangnya tak bersentuh dgn jalanraya. Cara sesuai megatasi ini adalah dgn counter steer dan tekan minyak dgn kuat.


      • Sistem elektronik akan lebih membantu bersama dengan kecekapan pemanduan…kalau tiada value added ni mungkin tahap risiko akan lebih tinggi tanpa bantuan pencegahan…kalau setakat “banyak belajar” tapi tak praktiskan tak gune jugak…masih bangang abadi..dengan cerita dongenglah boleh jadik kenyataan…itulah namenye impian…tambahkan sedikit kemahuan..gandakan usaha…bertawakallah sentiasa…kejayaan akan ada..


  • Jadi…kalau CFE dh bergabung dgn 6 speed manual, adakah enjin akan di setting semula utk naik Hp/TorkNm ?

    sebab CVT VT2/VT3/VT3+ ada had Tork/Hp yg boleh diterima dari CFE nie, tringat Annual Report Proton dulu ada stated ‘151hp CFE version’


    • i think theres no change in output,
      but with manual shifter, you can choose your own power range or rev band to suit your excitement,


  • last december gua nampak suprima dengat plate “jpj homoligation test vehicles” lebih kurang macam tu la bunyi dia dekat elite,gua bagi jalan….i can see the car pulls away like performance car…and few weeks ago 3 prototype emas I’m heading towards melaka diorang heading towards kl..one of it breakdown dekat tol seremban betul betul depan seremban siew pao.


    • Biasanya hibrid akan lebih mahal dari enjin petrol biasa. Cuma jika kena gaya pemanduan, ia dapat dibalas dengan penjimatan minyak serta memelihara alam sekitar. 🙂

      Namun, saya mengharapkan agar proton dapat mencari pembekal komponen yang berkualiti serta harga bateri janganlah terlalu mahal. Setakat ni, pakej kereta hibrid yg baik di Malaysia adalah dari Honda yang menawarkan jaminan bateri sehingga 8 tahun tanpa had perbatuan serta harga bateri yang kompetetif.

      Diharap proton bersungguh-sungguh apabila memperkenalkan hibrid nanti. Banyak faktor berkaitan kepuasan pelanggan perlu diambil perhatian seperti harga alat ganti/bateri, tempoh jaminan komponen, kos penyenggaraan dan pemilikan.

      Dan bagi pihak proton sendiri, sudah pasti mereka mencari jalan untuk memastikan kos pengeluaran kereta hibrid itu munasabah tanpa mengorbankan kualiti komponen2nya.


  • malaysian buy proton cars only in SV format.

    if proton go for higher price, people will go for 2014 honda city (10000 booked) even-though proton offers more added value at the price.


    • Betul tu.. Ada baiknya Proton fokus kereta yang kos murah je.

      Tak payah nak pikir kualiti sangat.

      Just bagi kualiti yang biasa2 je.

      Khidmat servis pon tak pening2 nak memikir sangat bila kereta kos murah.

      Even servis bawah POKOK pon boleh servis kereta Proton.

      Ok ke macam ni…


  • Aku yang cadang nam angkat exora bold nie pun kekadang jadi serba salah sebab proton nie nampak macam nak gulung tikar sungguh je,,, aduuh…tiap hari bila orang baca news mengenai dunia permotoran,, tengok brand lain sangat aktif dan berdaya saing, tapi proton macam terlalu senyap dan orang akan lupakan jenama proton. bila jarang-jarang skali nama proton keluar baru orang akan teringat… oo.. idup lagi rupanya proton nie..

    Aku rasa siri karnival proton haritu tu laju sangat dan cepat habis kot… patutnya diteruskan dan jadi rutin mungkin juga boleh jarakkan antara karnival tu antara sebulan ke 2 bulan sekali atau ambil tarikh perayaan ke, Baru sempat untuk buat karnival tu lebih mantap kot..takde pulak proton buat seperti masa nak launch exora dulu proton tunjuk teaser chasis exora.

    Kalau hebat-hebat karnival haritu tiba-tiba stop macam ni, seperti dah habis idea untuk tunjuk “apa lagi proton ada” kepada pelanggan.. dan orang akan ingat proton tak ada progress.


    • Mmm… x de la smpai gulung tikar proton tu. Projek nasional tu:). Tapi selepas 2020, baru ar tau… ahaks!

      Apa2 pun prootn mmg kena aktif n kreatif memasarkan produknya. Depa kena cari CEO yg mcm DSZ. Ada jer idea kreatif utk menarik tumpuan. Sometimes x perlu sgt modal besar pun utk tarik minat pembeli. Kalau lah projek COMOS under proton, banyak value added utk brand proton di masa2 depan. Tapi sayang…. hanya jauhari mengenal manikam, tapi x ramai yg mengenal manikam utk mendapatkan jauhari yg bernilai:)

      Cheers!


      • Huhhh.. lama x dengar citer DSZ.. tetiba COMOS dia setup… DSZ mmg terbaik… knpa lah proton x boleh jaga cro mcm dia nih.. aku tunggu projek exora ssmpai siap n beli sbb dia..


  • i always comment about driving position in mostly all posting.

    i would like to capture about on how a test driving performed by our neighbour regarding the driving position in proton exora as an example.

    take a look at 2.50 to 3.00 and listen to his comment on driving position.

    http://www.youtube.com/watch?v=QSWkWc21xd8

    so this is quite a serious mistake.

    “kelemahan yang cukup significant, posisi pengemudinya tidak bisa ergonomik seperti beberapa rivalnya ( its rival ), perjalanan jauh agak melelahkan ….”

    this is a serious mistake made by proton. seriously need correction.

Leave a Reply