ARKIB

KATEGORI

Buletin

Versi penuh illustrasi digital Proton GSC daripada Enoch Sim

Views

gsc full version - enoch sim

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Akhirnya lengkaplah sudah versi penuh illustrasi digital Proton GSC daripada Enoch Sim dari pelbagai sudut. Kini kita sudah boleh membayangkan rupa model kompak global Proton yang dijangka dilancarkan pada Oktober nanti. Dari pandangan hadapan, sekali imbas banyak dipengaruhi gaya rekaan Ford Fiesta, tidak menghairankan kerana Fiesta adalah salah satu penanda aras GSC. Di bahagian sisi pula, illustrasi digital ini kelihatan seperti Myvi, mungkin disebabkan profil sisi spyshots model GSC yang ada nampak seperti itu.

Lotus-City-Car-Concept

Lotus ETHOS

Tapi saya yakin, GSC dan Myvi akan mempunyai perbezaan yang agak ketara apabila model sebenar muncul nanti. Pandangan belakang pula jelas menunjukkan gaya rekaan yang dipengaruhi oleh model konsep Proton EMAS/Lotus ETHOS (foto di atas) tetapi lampunya berbentuk segitiga menegak. Diffuser pada bumper belakang juga nampak sporty dan terdapat pemantul cahaya, lampu kabus belakang dan tempat letak nombor plet. Walaupun ruang tengah di antara cermin belakang dan bumper agak kosong, namun jika ditambah sedikit kemasan hitam seperti Lotus ETHOS ia akan nampak lebih moden dan elegan.

* Apa pendapat anda mengenai versi penuh illustrasi digital Proton GSC daripada Enoch Sim? Bagi saya ini merupakan cubaan terbaik dan hasilnya sangat kemas serta nampak realistik. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

48 Comments


  • I think Proton should focus on this little baby, Make it to have more ‘soul’ like the Fiat Abarth or Kia Soul. Make it sporty and attractive. This could be Proton’s best model if they done it right. IF.


  • Aku jenis fair.. ada mende aku kritik tajam Proton ada benda aku support.. bg aku rekaan digital atas..sudah cukup perfect, usah paksa Proton terlalu ‘wow’ dr level sepatutnya..

    skrg external sudah cantik ckup utk eksport ke mata2 pembeli luar negara.. the next part ialah KUALITI parts dan power train yg bagus. FC dan responsive enjin adalah faktor seterusnya.. org Malaysia mahupun org putih atau kelabu akan cari faktor2 asas ini..

    pastikan enjin yg diletakkan matched dgn gearbox.. mksudnya tk weird.. at low end lembik tiba2 terlalu power at high end or vice versa.. pastikan seimbang.. comfort dlm kabin faktor penting yg Proton mesti tk boleh main2 lg.. enjin kasi senyap.. mase idle or at high rpm..

    dashboard aku rasa GSC dh on par design, Insya Allah aku yakin GSC akan hapuskan kritikan pedas aku yg setengah pencinta Proton dlm ni ckp ‘kutukan’.. dh 20 tahun Proton idup.. takkan nk berbahasa patik-tuanku lagi kot utk address the failure/ weakness..

    Harap tuan CEO baru Proton ni mengotakan janjinya semalam-KEPUASAN PELANGGAN.. jgn tinggal slogan atau semata2…hopefully Proton x jd MODENAS ke-2 dlm DRB…


    • Aku punye ‘xtahan’ tunggu GSC smpai aku call SC td tanye SA aku.. bile nk kuar GSC.. serious klu rupa gini plus hage yg dlm linkungan under 50K, Insya Allah aku tempah ler..


        • Nice price tag lah gitu..kali ni aku be positif dgn Proton-GSC.. wpun aku sgt sakit hati dgn model2 lepas yg aku kena.. rase anaiya beb. GSC aku jd minat nk angkat plak. mgkin pandang pertama kot hehe..


  • Kurang menarik…belakang ok ok, depan tak ada identiti sendiri design masih pkay safe…kena ikut cara peugeot 208…yg out of the box… plg teruk dari pandangan sisi…nmpk cacat..mcm kereta down syndrome.


  • rear plate holder located at the door, not in the bumper area.
    proton didn’t know how to design a car and future plan for the car model legacy.
    starting from the model naming until the design, proton always fail.


  • i think proton sells car using configurator, starts off from ‘kosong’ spec to whatever spec.
    this will a batter picture of what malaysian want actually.

    this method to be start off with suprima,,,.


  • ce update back side tu bg mantap sikit.. tak berkenan sangat.. depan dah ok tetiba belakang tetttt… jujur la ini komen aku… apa pun aku pakai proton gak .. no problem till now…


  • will this car gives different experience?

    1. EPS will gives a light steering effort at parking speed, nice
    2. VVT to respond batter than IAFM hopefully more responsive.
    3. new steering wheel contour gives a new feel
    4 bigger power to weight ratio for 1.6 version.

    another step further for proton although these are not new.


  • Legasi nama model2 Proton sepatutnya dirancang elok. ini asyik mula dengan nama Baru.
    Nama lama yg agak ‘kekampungan’ elok diubah..tp pastikan legasi nama tu line up betul2 supaya satu dunia kenal Exora/Preve/Saga/. 2 nama ni Exora dan Saga dh cntik sbg model name.. Preve tk sesuai sbb maksud perkataannya lbh kepada preve=prove, lbh nk mnunjukkn Proton mampu bina model global. so better line up nama2 yg membawa maksud ciri model tu.. Exora=EX besar, Ora selesa/cantik, Saga=Basic/ Entry model, jd kekalkan ciri2 legasi nama ini seterusnya di masa depan.. xde lah berterabur mcm2 nama.. just my 2cents..


    • Mmm… legasi nama tu mmg penting. Tapi tengok la gak hanya bagus dikekalkan pada model2 yg berjaya dipasaran jer la atau model yg nak buat come back:). Preve dulu nama mmg agak asing. Tapi lama2 ok la gak sesuai dgn tema global n european style dlm ciri rekabentuknya dn disebailk maksudnya prove. Cumanya legasi nama2 model dlm keluarga proton tiada tema khusus atau falsafah tersirat yg dipegang. Cuma dlm segala aspek diorg lebih berinspirasikan kpd spirit of tiger:) ..sy andaikan je:) Boleh lihat kat logo, rekabentuk depan, lampu dll.

      Kalau tengok toyota, rata2 nama modelnya ada berkaitan dgn mahkota seperti Corolla, Corona, Camry (Kanmuri), VW plak nama berkait rapat dgn unsur angin gurun padang pasir seperti Scirocco (ribut di g. sahara) , Polo (polar wind), Golf (Gult stream), Jetta (jet stream), passat (trade wind). Cuma VW Tiguan jer gabungan drp Tiger+Iguana. Mgkin ada kena mengena dgn pdg pasir gak tu kot. hehe.

      My 2 cents.

      Cheers!


  • Hi all,

    Thank you all for the constructive comments on the art work.
    Some may have pointed out that the side view looks very awkward and i do think so to.
    I do not have any indication on the exact wheelbase and dimension of the car and the overall shape is referenced from the Perodua Myvi, which might explain the weird shape of the design.

    This is not the final design of the upcoming release of the car, and it is entirely based on the spyshots that had been leaked on the web and my own impression of the car. The final design product will definitely look slightly different from this illustration. I appreciate all of the comments and i’ll definitely will improve over time and gives you the best closest possible renders of car spy shots. Thank you 🙂

    Enoch Sim

Leave a Reply