ARKIB

KATEGORI

Buletin

airasia ride diperkenalkan – Dapatkan diskaun RM3 untuk kali pertama sehingga 30 September 2021

Berita Tempatan

Views

Satu lagi syarikat penyedia perkhidmatan e-hailingairasia ride dilancarkan di Kuala Lumpur, hari ini. airasia ride menawarkan kepada pelanggan lebih kemudahan, harga yang lebih kompetitif dan peluang pendapatan lebih baik untuk para pemandu.

Selain itu, ia ‘pengalaman yang lebih selamat’ dengan 100 peratus pemandunya telah menerima vaksinasi penuh. Pelancaran airasia ride telah disempurnakan oleh CEO Kumpulan airasia, Tan Sri Tony Fernandes dan beberapa tetamu kehormat lain dalam satu upacara yang dilangsungkan secara maya.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Penumpang turut ditawarkan diskaun RM3 untuk kali pertama dengan menggunakan kod promo AARIDE3 mulai sekarang sehingga 30 September 2021. Tempahan khidmat e-hailing ini boleh dibuat dengan menekan klik pada ikon ‘Ride’ di airasia Super App, atau dengan melayari airasia.com/ride.

Buat masa ini perkhidmatan airasia ride hanya ditawarkan di kawasan Lembah Klang, dan ia akan diperluaskan lagi ke beberapa buah bandar di seluruh negara sepanjang tahun ini. Purata kadar tambang untuk airasia ride pula adalah RM1 untuk setiap kilometer, tidak termasuk caj tol.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Bagi memudahkan penumpang, mereka boleh membuat tempahan atas permintaan (book on-demand) atau membuat pra-tempahan lebih awal. Satu ciri khas turut ditawarkan bagi membolehkan penumpang menempah ‘Allstar Ride’ yang dipandu sendiri oleh juruterbang dan kru kabin AirAsia.

Mereka yang berminat untuk menyertai Allstars boleh mendaftarkan diri dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau melayari laman sesawang rasmi dan membuat pendaftaran terus. Untuk mendapatkan lebih banyak promosi dan tawaran hebat, teruskan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply