Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan BikesRepublic.com telah bekerjasama untuk menganjurkan Anugerah Malaysian Motorcycle of the Year (MMOTY) Allianz-BikesRepublic.com.
Majlis anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Subang baru-baru ini. Allianz General merupakan penaja utama bagi anugerah MMOTY yang dijangka menjadi acara tahunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, selepas lebih sedekad terlibat dalam anugerah VOTY (Vehicle of the Year), pihaknya berbesar hati untuk menaja Anugerah Malaysian Motorcycle of the Year.
Tambahnya, acara ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian pengeluar motosikal di negara ini serta memberi lebih banyak maklumat kepada penunggang tentang pelbagai jenis motosikal yang terdapat di pasaran.
Sebanyak 12 anugerah motosikal dan empat anugerah industri telah disampaikan kepada para pemenang antaranya Anugerah Utama Malaysian Motorcycle Of The Year, Malaysian Motorcycle Personality Of The Year dan Kapcai of The Year.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Suzuki GSX-S1000GX telah muncul sebagai pemenang Anugerah Utama Malaysian Motorcycle Of The Year. Selain itu, Suzuki juga turut memenangi anugerah Touring Bike of The Year dan Malaysian Motorcycle Personality Of The Year.
Pengurus Kanan, Jabatan Jualan dan Pemasaran, Suzuki Malaysia Sdn Bhd., Leong Kam Yew berkata, pihaknya sangat teruja dan gembira menerima anugerah ini.
Ia adalah satu kejutan yang tidak dijangka dan ini merupakan kemenangan anugerah motosikal pertama mereka.
Beliau turut yakin, dengan kemenangan ini akan melonjakkan prestasi jualan syarikat dan akan menggunakan platform ini untuk memasarkan jenama tersebut dengan lebih meluas.
Anugerah MMOTY telah diadili oleh barisan panel dan peminat motosikal yang pakar, termasuk Keshy Dillon, seorang wartawan permotoran dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam industri, serta Datuk Kapten Nik Huzlan, penganjur Rimba Raid, dan bekas pelakon serta peminat motosikal, Jehan Miskin.
Penaja Utama, Allianz General, telah menawarkan perlindungan Allianz Motorcycle Plus yang baru-baru ini telah ditambah baik untuk menyediakan perlindungan yang lebih meluas untuk penunggang dan pembonceng motosikal tanpa kos tambahan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Pelan ini direka khas untuk motosikal dengan kapasiti enjin 250cc dan ke bawah. Ciri-ciri utama termasuklah:
- Perlindungan kemalangan, yang menawarkan manfaat RM10,000 jika berlaku kematian atau kecacatan kekal susulan kemalangan jalan raya.
- Bantuan tepi jalan – bantuan tepi jalan percuma untuk jarak sehingga 50km dua hala.
- Di bawah Inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan bantuan banjir RM1,000 sekali gus secara percuma sekiranya motosikal rosak akibat banjir.
Allianz General merupakan peneraju penanggung insurans am dalam industri, dengan pegangan pasaran sebanyak 14.6 peratus.
Berikut adalah senarai pemenang Allianz Bikes Republic Malaysian Motorcycle of the Year Awards 2025:
- Kapcai of The Year : Yamaha Y16ZR
- Scooter of The Year (Below 250cc) : Vespa Sprint S 150
- Scooter of The Year (Above 250cc) : Honda ADV 350
- Sports Bike of The Year : Triumph Daytona 660
- Touring Bike of The Year : Suzuki GSX-S1000GX
- Cruiser of The Year : Harley-Davidson Road Glide
- Naked Bike of The Year (Below 1000cc) : Yamaha MT-09
- Adventure Bike of The Year (Below 800cc) : Honda Transalp 750
- Adventure Bike of The Year (Above 800cc) : Triumph Tiger 900 GT Pro
- Modern Classic Bike of The Year (Below 500cc) : Triumph Speed 400
- Modern Classic Bike of The Year (Above 500cc) : Royal Enfield Shotgun 650
- Malaysian Motorcycle Personality Of The Year: Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya
- Malaysian Rider of The Year : Datuk Ahmad Azhar Othman (AWIE)
- Malaysian Innovator of The Year : RCB (Racing Boy)
- Motorcycle Insurance Provider Of The Year : Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
- Malaysian Motorcycle Of The Year Overall Champion : Suzuki GSX-S1000GX
* Tahniah buat para pemenang!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI