ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka-Tan Motor lancar trak tugas ringan elektrik Foton eAumark di MCVE 2024, turut diperkenal Foton Aumark S Euro 4 dan JMC Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4

Berita Tempatan

Views

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2024, baru-baru ini.

Mendahului senarai produk baharu ialah trak tugas ringan elektrik pertamanya, Foton eAumark BJ1045EVJAR3. Dari segi dimensi, Foton eAumark berukuran 5,960mm panjang, 2,000mm lebar dan 2,210mm tinggi.

Ia memiliki jarak tapak roda 3,360mm dengan berat kasar kenderaan (GVW) bermula dari 4,250kg hingga 6,000kg. Dikuasakan dengan unit motor elektrik segerak magnet kekal, Foton eAumark mampu menghasilkan output 115kW dan lebih 900Nm daya kilas.

Dengan pek bateri ferem fosfat 81.14kWj yang dibekalkan oleh pengeluar bateri EV terkemuka CATL, eAumark boleh dipandu sejauh 200km mengikut kitaran WLTP.

Rangkaian elektrik penuh itu direka untuk berdepan keadaan cuaca mencabar seperti iklim tropika di Malaysia, dengan pek bateri memenuhi piawaian IP67 rintangan air dan habuk, selain ketahanan terhadap suhu tinggi yang dibuktikan melalui titik pencucuhan 600°C.

Ia juga menyalurkan 10kW ke soket ePTO sebagai sumber kuasa elektrik untuk sambungan perkakas luaran atau struktur khas.

Foton eAumark hadir dengan lampu depan LED serta sistem ADAS untuk memastikan keselamatan berada pada tahap maksimum sepanjang masa. Ruang kabinnya cukup luas dengan ukuran lebar 1,880mm untuk keselesaan optimum.

Ciri-ciri lain termasuklah stereng kuasa elektronik (EPS), gear jenis tombol, kluster instrumen LCD dan sistem pendingin hawa cekap tenaga. Setiap pembelian eAumark akan disertakan bersama pengecas lekap dinding 22kW AC secara percuma.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain alat pengecas AC, eAumark boleh dicas penuh dari 20 peratus keadaan cas (SoC) dalam tempoh sejam, menggunakan alat pengecas DC yang tersedia di seluruh negara.

Foton eAumark BJ1045EVJAR3 ditawarkan pada harga pengenalan RM238,000 dengan jaminan pengilang termasuk kabin dan casis sehingga tiga tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu).

Unit motor, bateri 81.14kWJ dan alat pengawal turut dilindungi jaminan lima tahun dengan had perbatuan sehingga 200,000km.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, pihaknya percaya Foton eAumark mempunyai kelebihan dalam menentukan corak peralihan sektor trak tugas ringan di Malaysia.

Selain Foton eAumark, turut dilancarkan ialah Foton Aumark S Euro 4 2024 yang ditawarkan dengan pilihan empat dan enam roda.

Aumark S BJ1065 Euro 4 4-roda boleh ditetapkan jarak roda 2,800mm atau 3,360mm dan dikuasakan enjin Cummins ISF 2.8-liter dengan kotak gear manual ZF lima-kelajuan.

Sementara itu, Aumark S BJ 1088 Euro 4 6-roda dilengkapi enjin lebih besar 3.8-liter dan kotak gear ZF enam kelajuan. Kedua-dua rakngkaian kuasa sudah dinaik taraf untuk memenuhi piawaian Euro 4 dan keperluan biodiesel B20.

Sebagai satu produk “Pakatan Inovasi Trak Super Global”, Foton Aumark sudah menjalani ujian sejauh 1.6 juta kilometer dunia sebenar dengan mengharungi pelbagai permukaan jalan, cuaca serta ketinggian.

Foton Aumark menguatkan reputasinya sebagai trak boleh dipercayai dan popular dunia, dengan lebih 4 juta unit dihasilkan dan dijual sejak 2003.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga jualan Foton Aumark S BJ1065 Euro 4 4-Wheeler bermula dari RM98,400 manakala Foton Aumark S BJ1088 Euro 4 6-Wheeler dijual pada harga bermula dari RM115,300. Semua trak Foton Aumark S didatangkan dengan jaminan selama 6-tahun/300,000km.

Satu lagi model yang dilancarkan adalah varian terbaharu trak pikap ringan JMC Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4 2024.

Trak pikap ini adalah model paling mampu milik dalam rangkaian produk selain JMC Vigus Pro White Series 4×4 dan model perdana JMC Vigus Pro Premium Series 4×4.

Daripada tiga varian ini, Vigus Pro White Series 4×2 baharu ialah varian tunggal yang menggunakan Sistem Pacuan 4×2. Varian ini turut dikuasakan oleh enjin diesel 2.0-liter Puma 4-silinder dengan pengecas turbo.

Ia digandingkan dengan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan yang dilengkapi pemilih gear elektronik dan paddle shifter yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan menarik.

Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4 dilengkapi dengan skrin inforia sesentuh 8-inci dan pengelap cermin dengan penderia hujan selain kemampuannya membawa muatan kargo seberat 950kg di belakang.

JMC Vigus Pro White Series 4×2 ditawarkan pada harga RM89,999 di Semenanjung Malaysia dan RM91,999 di Sabah dan Sarawak. Sama seperti model White Series 4×4, ia juga dilindungi jaminan tiga tahun/100,000km.

Ketiga-tiga model ini sedang dipamerkan di Booth M14 di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 bertempat di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sehingga 11 Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply