ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anwar akan pulangkan model EV jenama TOGG hadiah Erdogan kepada negara

Berita Tempatan

Views

“Saya boleh guna selagi saya menjadi Perdana Menteri tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kepadanya.

Kenderaan berjenama TOGG keluaran Turkiye itu diterimanya baru-baru ini sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, beliau sempat menggunakan kenderaan berkenaan meninjau persiapan menyambut kehadiran Presiden Turkiye itu sempena lawatan rasminya ke Malaysia selama dua hari.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

“Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye…beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya kepada negara, ia bukan hak saya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Anwar berkata, ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, beliau melihat puluhan penjawat awam dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, polis dan bahagian pendidikan sedang bertugas mempersiapkan lawatan rasmi Presiden Turkiye.

Justeru, beliau amat menghargai segala kerja-keras dan pengorbanan penjawat awam yang bertungkus-lumus mempersiapkan sambutan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia memanfaatkan peluang sebagai Pengerusi Asean untuk membuktikan kecekapan penjawat awam dalam mengurus ratusan program secara berkesan.

Katanya, pengurusan Asean bukan hanya mengenai kedudukan atau kebanggaan, sebaliknya mencerminkan kemampuan penjawat awam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Ini tentunya memerlukan penugasan yang lebih daripada biasa. Tahap persiapan kita bagi acara itu di antara yang terbaik yang saya saksikan.

“Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anwar Ibrahim

Togg T10F

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply