Citroen C4 Aircross
Peugeot 4008
Jauh lebih menawan daripada model asalnya Mitsubishi ASX, itu sahaja yang dapat disimpulkan apabila melihat SUV ni. Walaupun cuma “rebadged” tapi langsung tak serupa & nampak lebih moden. Ini adalah hasil kerjasama yang menarik antara ketiga-tiga syarikat ini, yang sebelum ini pernah juga “rebadged” Mitsubishi Outlander. Adakah mereka tak mampu membangunkan SUV sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak, kerana segment SUV ini bukanlah “core model” mereka. Jadi cara yang terbaik untuk menjimatkan kos & masa pembangunan produk ialah “rebadged”.
* Mana bashers? Nak juga dengar apa kata mereka… masa Proton “rebadged” Mitsubishi Lancer haritu bash “kaw-kaw” punya… macam la pandai sangat, setakat bercakap mengarut burung kakak tua lagi bijak dari diorang, hahaha… 🙂
Walaupun rebadge tapi sekali pandang tak mcm rebadge, sbb design language diorang tetap ada.
kita tengok macam mana hasil Inspira phase 2 nanti, dengar cerita sebelum ni akan ada major facelift & guna lebih banyak local content.. harap akan ada perubahan drastik seperti ini la… yang sekarang ni terlalu minimum
dengar ceriter pon GSC nyer project pon ader hurdle gak. pasal;
– current mitsu ader agreement ngan DRB.
– mitsu lak agreed nak JV ngan proton lak.
– JV content kali nih tak tahu senang ker tak pasal dulu every drawing nak request pon nak kena sign sampai CEO. kalo drawing flow pon tak smooth. nama jek kahwin… hasil mungkin tak sehebat PSA ngan Citroen kot…pasal mitsu pon base on business gak. bukan charity. ker guaner.
cer admin ceriter pasal perkara perkara hidden camnih…..cer try guna mata mata admin kat dalam tuh…
setakat ni pun masih belum clear benda ni, sy tak boleh nak tanya lebih sebab diorg pun belum ada info pasal ni lagi… kalau ikut AGM baru ni proton cuma share major parts aje… takde pulak cerita pasal rebadged macam suv ni… platform pun proton develop sendiri dari platform saga…boleh refer pada slide pada post sebelum ni.. pada sy yang proton akan kongsi dengan mitsubishi cuma enjin, gearbox & komponen penting yang lain… macam parts yg pakai local vendor diorg buat sendiri2 je..
Lpas ni tunggu pulak la p1 rebadge ASX
Berita PSA rebadge ASX ni dah keluar sejak pertengahan tahun 2010 lagi..Cuma kali ini barulah kita dapat final productnya..
Model PSA tampak lebih memberangsankan berbanding ASX. C4 Aircross pada saya lebih menarik. Cuma masih menyesuaikan diri dengan rekaan family face Peugeot yang baru.. Kedua-dua model masih mengekalkan side profile line yang sama seperti ASX.
Mana ada mitsubishi nk bg proton rebadge ASX. Mitsubishi lokek dgn proton. lainlah dgn pug/citroen ni. sapelah proton di mata mereka. Proton dibagi rebadge lancer tu pun sebab nak bagi peluang org msia yg tergila2kan lancer merasa bau kereta tu.
Pastu proton leh tukar bumper mcm P2 buat. nasiblah proton pandai tune handling skit dgn cvt cooler. Phase 2 tu planning je…sbb proton kena tgk pasaran kereta kelas ni jugak. kalau jadi pun lambat lg. kalau tak. kekal dgn inspira sekarang.
tuh depend on mase time agreement arr….proton jual kete beraper jer setahun. PSA ngan Citroen bayar beraper lak. derang ader large scale nyer customer. memasing nyer kemampuan arr….huhuhu. good luck then.
salah tu bro,ade agreement dgn proton..mitsu nak beli platform exora dengan pesona dari proton…sebagai ganti mitsu bagi lancer tu pun x bagi modi banyak-banyak takut evo 10 dan yang seangkatan dengannya laku. mtsu tepaksa wat camtu sbb nak market je…ni yang dikatakan kerjasama..orang mesia tak tergila-gila sgt dgn lancer dan evo pun..cuba tengok skang ade x evo dgn lancer yang no plat baru..susah nak jumpakan.
Mmm… kalaulah model ASX mitsu bagi proton rebadge, ini sudah hidangan istimewa dari mitsu kepada proton:). Tapi saya setuju, mitsu xkn kasi punya. Bagi diorg cukup ASX utk pegeout n citroen tu. Sebab diorg dapat apa yg diorg nak dari 2 company besar tu. Ini juga menunjukkan model ASX adalah model yg bagus sebenarnya. Sedar atau tidak, mitsu pun agak terdesak utk meneruskan kelangsungannya dlm industri nie. Mahu atau tidak diorg pun kena banyak buat JV dgn rakan pesaing. JV dgn proton buat masa nie adalah wajar. Proton bergelut dgn masalah mgoptimumkan capasiti penggunaan kilang tanjung malimnya n mitsu bergelut dgn sales vs model menarik vs market vs kos RnD. Even penguasaan pasaran mitsu di m’sia pun hanya 2-3% jer. Dgn JV nie dpt ar naik dlm 2, 3 ganda. So, masing2 dah dpt sedikit titik penyelesaian di situ.
Lahirnya inspira adalah step pertama JV mitsu/proton. Walaupun mitsu evo adalah model yg baik, tapi sales di M’sia x cukup gah dgn model yg dihasilkan. So, model inspira nie dah boleh cover sikit kerugian jualan evo (bila target jualan tersasar la) melalui royalti, pertukaran teknologi dll. Phase 1 inspira mmg mitsu letakkan terma n syarat yg ketat. Kalau saya jadi CEO proton pun, saya akan buat keputusan yg sama. bikin minimum design mgikut syarat ketat tu, sekurang2nya mereka yg tak mampu beli evo akan beli inspira. Kan SMART GUYS GET IT? 🙂 Kalau dilihat dari segi sales inspira, jualannya sangat memberangsangkan – melepasi target jualan bulanan 600 unit. Phase 2 inspira adalah peluang sepenuhnya proton utk reskin keseluruhannya dgn modal yg dah balik modal tu totally. Sebab phase 2 nie dah tentu dah tak terikat dgn perjanjian pertama inspira tu.
cheers!
oh ya… lupa nak komen. Model kat atas kedua2nya mmg menarik. 🙂
cheers!
this is nice, Citroen and Peogeot make a lot of changes from the ori ASX, BUT for ths INSPIRA, poton just change the front bumper, WTF! dats u call rebadged?? all is the same..SHAMEEEEE..what improvement? LOL
later mitsu diehard can easily converted back their proton inspira into ori mitsu evo X ma..LOL
wah…you have come down to field bro. to change tail lamp design, proton have to pay 5mil to mitsu. How proton can afford that? and to change the bumper design, proton span 1.2mil including testing at oversea for settle overheating problem facing by lancer right now.
when you drive INSPIRA and LANCER, you will know the difference. (^_^)
setuju cakap bro sp3ctrm5tr pasai walaupun rebadge tp x nampak langsung mcm yg asal. Harap2 Inspira phase tu ni lebih ke arah proton bentuknyer..
ni memang reskin yg power. masa peugeot 4008 & citroen c-crosser dulu masih nmpk shape mitsu outlander kat area belakang, tp yg ni mmg pergh abis, lagi menawan dr mitsu asx.
tapikan, rasanya citroen & peugeot mmg power dlm bab2 re-skin ni. kereta diorg selama ni memang share platfrom, tp mana ada sama langsung rupa luaran. cuba tgk peugeot 407 dgn citroen C5 yg lama tu, langsung x sama walaupun share platform.
p/s: proton waja & mitsu carisma & original volvo s40 pun rupa lain2 walaupun base platform yg sama. star utk crash rating pun dapat lain2…hehe..haha
* Mana bashers? Nak juga dengar apa kata mereka… masa Proton “rebadged” Mitsubishi Lancer haritu bash “kaw-kaw” punya… macam la pandai sangat, setakat bercakap mengarut burung kakak tua lagi bijak dari diorang, hahaha…
“WEIII… REBADGED MACAM INI LA YANG KITAORANG NAK. BUKAN SETAKAT TUKAR BUMPER DEPAN AJE. LEPAS TU CANANG SATU MALAYSIA KATE LAGI BAGUS DARI MITSUBISHI. BENGONG PUNYA FUNTASTICKO. CAKAP MACAM LA KO TU PUN PANDAI SANGAT.
haa… bashers dah masuk jerat…. bijak2… siap buat nick anti funtasticko lagi, hahahaha…. setakat sorang dua anti blog ni takde hal la… bro kalau pandai bukak blog sendiri, kasi idea2 menarik kat proton, sebab kitaorang punya idea dah banyak proton guna…kita tengok idea mana paling bernas… lepas tu tengok ramai tak yang masuk situ, hahahaha…
oh ye ke?
cvt cooler yg kt inspira tuh mende?
tuned suspension tu mende?
agak2nya, cmne agreement mit-p1 time tu ek?
marah ke bro? smpi psl CAPSLOCK?
butt hurt la tu… tapi pelik gak, kalau tak puas hati dengan kita, buat ape masuk sini & ajak orang bergaduh… bukak la forum sendiri & luahkan perasaan tu puas2… bermasalah betul orang2 macam ni…kesian..
ooo…mungkin dia lupa yang mitsubishi punya agreement dengan proton, yang lancer “rebadged” jadi inspira phase 1 ni cuma limited & minor changes sahaja…tujuan dia yang sebenar untuk push sales lancer & isi kekosongan model yang takde dalam line up proton… dah lepas target sales baru proton dibenarkan buat major changes macam suv kat atas tu.. bukan boleh suka-suka je nak ubah barang orang…ingat dia bagi senang2 ke?
setuju ngan AntiFuntasticko.
ini real rebadged. tukar logo dh kecok satu malaya proton hebat.
umpama tin kosong, ketuk2 bnyi kuat bila tgk dlm kosong je … haha
rasa nyer, hidup ko ni kosong & myedihkan, masuk blog yg myokong proton semata2 nk kondem..agak2 nyer leh capai apa yer buat mcmni? constructive & intelligent critics are always welcome..blind bashing sikit pun xde faedah..
if you have some unsettle issues towards anything, suggest u have a deep look into your life and reconsider your priorities..try proactively overcome your anger & problems in a good manner..
@ Mosar
Hahahaha..
Betul2. Hidup die kosong dan penuh dengan kekosongan. Kesian2
Sy nk cerita sikit Mr Akupunya,Classmate aku Manager Customer service Mitshubishi Malaysia,dia pesan dgn aku klau ko nak tahu PROTON bagus ke x ke pikir sendiri kenapa Mitshubishi hantar kereta mereka testing di RnD PROTON before launching kereta baru di Malaysia ni??cuba tanya En Taboogen…betul x?
p/s:hati2 dgn cakap salesman….
lain la lancer dgn inspira, tgk tyr je dh tau inspira utk comfort setup, lancer sporty, nvh inspira pun lg bagus, bab handling tak payah citer la , baca la review sikit, 180km/h kat karak takde hal la..hehe
kalau cam tu macam mane dgn p2 lak…komen skit…
kalau proton rebadged, tukar logo saja.
lagi hebat…Malaysia boleh!
yeah, yeah, yeah..what else?
once a liar, always a liar <– pessimist thinking
basher2 ni buta mata & buta hati, lepastu pandai mnuding jari (malang nyer tak berapa pandai dlm pkara2 yg membina)
mitsu i-miev jd peugeout iOn tu tak ke tukar lambang jer nama nyer? toyota iQ ke aston martin cygnet? audi/vw lama yg jadi skoda? nissan rebadge ke samsung (korea market)…tu belum ambil kereta2 tempatan yg nmpk sgt downgrade nyer bila di rebadge…sia2 ada information technology kt hujung jari, tp xtahu nk guna..
lagipun, igt tak agreement mitsu-proton, pasal limitation pd benda2 yg boleh ditukar pd inspira phase1? diorg cuma bg tukar bumper jer, proton nk enhance ride&handling pun jenuh nk dptkan approval..cpt sgt ke lupa?
susah nak terang bro. Kebanyakan basher umpama kuman seberang laut nampak, gajah kat sebelah tidak kelihatan.
Antara polisi basher:
1) Proton tidak dibenarkan rebadge sama sekali.
2) Semua model Proton hendaklah build from scratch. Tak boleh tiru-meniru.
3) Engineer dan Designer tempatan. (Rugi ambil non-local sebab anak tempatan dah terer katanya)
4) Produk tak bagus kena kutuk. Produk bagus kena perli..
5) Produk dijual dengan harga terendah selaras dengan tema jenama Buatan Malaysia.
6) Mengkagumi barangan import. (Tidak termasuk barangan Made in China)
7) ..updated soon.
lol polisi dah ada lps ni apa lak?
tubuh fan club kot
bro fridzmax tertinggal satu lagi……………. kete kalau proton nak buat kena ikut cita rasa die sorang je
apa proton buat semua salah..apa toyota honda buat semua betul…
tak tahu ke, hyundai kia tu gila2 di support oleh org korea, dr situ diorg dpt membangun lg..bkn asik kutuk kutuk kutuk…
8) kereta di kat local mesti lagi bagus dari export market..
Basher ni sekadar ckp pandai la..pastu emo..haha
Apa proton buat semua serba serbi tak kena.
Padahal diorang sedar tak yg mereka dan keluarga mereka tetap pakai proton jugak..kah kah kah.
* Mana bashers? Nak juga dengar apa kata mereka… masa Proton “rebadged” Mitsubishi Lancer haritu bash “kaw-kaw” punya… macam la pandai sangat, setakat bercakap mengarut burung kakak tua lagi bijak dari diorang, hahaha… ”
“butt hurt la tu… tapi pelik gak, kalau tak puas hati dengan kita, buat ape masuk sini & ajak orang bergaduh… bukak la forum sendiri & luahkan perasaan tu puas2… bermasalah betul orang2 macam ni…kesian.. ”
Aikk? Tadi minta basher. Nak dengar pendapat basher. Bila dah bagi, suruh buka forum sendiri pula. Cakap tak serupa bikin. Sudah la. Ini bukti paling ketara yang campromania syok sendiri. Baru komen sikit dah melenting. Kesian.. Hanya jaguh di laman sendiri.
nak tanya sikit la bro, apa pendapat yg dia bagi? basher tak pernah sekali pun nak memberi pendapat…
kalau saya syok sendiri takde orang pun nak masuk sini berkongsi idea, pandangan & pendapat antara satu sama lain…benda syok sendiri ni layan sendiri2 la, hahaha… biar la saya jaguh kat laman sendiri, setidak2nya ada benda yang saya dah buat untuk kebaikan orang lain… orang proton pun dah mula membuka mata & perbaiki apa kelemahan diorang dengan adanya blog ni…
yang saya dengar. orang kat proton ader dua kaum. satu kaum yang old school. satu lagih new gen.
-old school: geng geng era awal. dah otai. pangkat tinggi. tapi minded kijer orang goverment. nak senang. cakap banyak mcm bagus..
-new gen: orang muda yang grad bagus bagus.inginkan perubahan. tapi tak leh voice out pasal top management ramai yang versi old school.
bagi saya version orang old school nih arr yang hurdle kat proton nyer progress rasanyer lah. belom kire vendor vendor proton yang develop base on cronyism lagih…..tuh lagih parah dari old school. hurm…kena comment teruk sket…terus call menteri….
ker guaner admin.
tu sy tak sure sebab sy bukan staf proton.. mana2 organisasi ada senior & junior, biasanya mesti yg senior akan pangkat lebih besar, pengalaman lagi banyak sebab dah lama dlm tu..secara tak langsung diorang ni akan bagi keputusan..tapi idea junior lebih fresh & up to date, cuma diorang kurang pengalaman.. tu je, tapi dalam era sekarang pengalaman pun tak banyak membantu, sebab perkembangan teknologi terlalu pantas… siapa masih lagi berfikiran jumud, akan sentiasa ketinggalan
bab kroni ni memang masalah lama dah, nak buang payah selagi proton ni glc.. kalau proton private company macam vw, toyota, hyundai/kia memang problem ni takde sebab diorg bebas pilih vendor mana2.. vendor kroni memang ada kaitan ngan politician, kalau tukar kerajaan pun masalah takkan settle, sebab kroni baru akan masuk ganti yg lama.. kalau sesiapa bilionaire beli je proton tu, jadikan company sendiri & buanglah apa yg patut utk dapatkan untung
Basher takkan memberi pendapat. Mereka akan mengutuk dan terus mengutuk sambil merendah2kan apa sahaja yang orang lain buat.
Once basher memberi pendapat, mereka bukan lagi basher. Mereka digelar pengkritik. Pengkritik lebih bernilai daripada basher kerana kenyataan pengkritik selalunya menyumbang idea walaupun kadangkalanya bernada sinis.
hebat betul cara citroen dgn peugeot tukar front bumper mitsu asx
Basher hanya Kutuk Proton sahaja……