ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

ASEAN NCAP – Bahagian Pertama

Views

Artikel ini telah diolah semula dari nukilan saudara Zulhaidi Jawi

Sebut sahaja Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) kita semua sudah maklum mengenainya. Ia juga merupakan tambahan dalam keluarga NCAP yang disasarkan untuk meningkatkan piawaian keselamatan kenderaan, meningkatkan kesedaran pengguna dan secara tidak langsung menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di rantau ini.

Penubuhan ASEAN NCAP bermula pada Disember 2011 dan ia menandakan satu pencapaian baharu untuk keselamatan kenderaan serantau dalam menyahut seruan ‘Sedekad Tindakan Keselamatan Jalan Raya Bangsa-Bangsa Bersatu 2011-2020″.

ASEAN NCAP merupakan hasil usahasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan NCAP Global, di mana kedua-duanya membiayai fasa pertama projek tersebut. Pada Januari 2013, ASEAN NCAP telah telah menerbitkan hasil daripada fasa pertama yang melibatkan tujuh model popular di pasaran di rantau ini.

Pada peringkat ini, dua penilaian berasingan yang dijalankan dalam skim penarafan merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) mengikut penarafan bintang dan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) mengikut penilaian berdasarkan peratusan.

Ada beberapa ‘batu loncatan’ penting dalam perjalanan ASEAN NCAP iaitu:

1. Program MyVAP

Program percubaan OEM mengenai kehadiran NCAP di Malaysia. Hanya Proton dan Perodua sahaja mengikut penarafan ini, namun ia tidak disertai oleh pengeluar lain.

2. Makmal PC3 (Melaka)

Pembinaan makmal ini merupakan fasa terpenting kerana projek ini akan berakhir jika makmal ini tidak disiapkan. Walaupun makmal ini nampak biasa sahaja dan tidak secanggih makmal NCAP yang lain namun impaknya amat besar untuk merealisasikan projek ASEAN NCAP.

3. NCAP Global

Kehadiran NCAP Global adalah tepat pada masanya.

4. Minggu Keselamatan di Melaka & Pelancaran ASEAN NCAP

Program ini telah bermula sejak tahun 2012 sehingga ke hari ini.

Sebagai penutup, tiada siapa yang menjangka “tekanan” daripada ASEAN NCAP berjaya membuatkan kereta kereta mampu milik di Malaysia (dengan harga yang rendah) mempunyai tahap keselamatan setanding kereta di negara maju. Syabas ASEAN NCAP!

Nantikan sambungan siri ini pada masa akan datang. Terima kasih kami ucapkan kepada saudara Zulhaidi Jawi yang sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai salah seorang yang terlibat dalam program ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Syabas ASEAN ncap. Sebelum tertubuhnya ASEAN ncap kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan kenderaan tidak sampai 3 bintang ncap/global ncap

    Hari ini kebanyakan kereta Model baru yang dijual di Malaysia mendapat 4 bintang ASEAN ncap atau lebih selamat

    Terbaek


  • Bilakah bahagian seterusnya? Saya ingin benar membaca pandangan Dan olahan Tuan penulis berkenaan ASEAN ncap. Terutamanya berkaitan perubahan Dan peningkatan standard keselamatan yang sangat ketara Dari ASEAN ncap. Ujian yang lebih terperinci Dan pengiraan markah yang lebih rumit.

Leave a Reply