ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga model EEV terpilih Volvo turun

Views

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan model terpilih yang dilengkapi penjana tenaga Drive-E telah diberikan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), dan ia menyaksikan penurunan harga runcit hasil insetif dari kerajaan tersebut. Harga yang telah disemak semula itu mula berkuatkuasa pada 12 Ogos 2016.

Berikut adalah perbandingan harga runcit (atas jalan tanpa insurans, termasuk GST enam peratus) sebelum dan selepas insentif:

Model Harga runcit
Harga runcit dengan insentif EEV
XC60 T6RM318,888RM298,888
XC60 T5RM288,888RM266,888
V40 T5 Drive-ERM192,888RM180,888

Insentif EEV merupakan peranan penting daripada Dasar Automotif Nasional (NAP) yang disasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk EEV di rantau ini. Volvo percaya penggunaan enjin pembakaran dalaman yang cekap, mampu memberikan lebih kuasa dan pada masa yang sama juga mengurangkan pelepasan asap dan menjimatkan bahan api, bakal menjadi penanda aras untuk mencapai sasaran emisi global yang semakin ketat.

“Penjana tenaga pemenang-anugerah Drive-E kami menawarkan pelanggan gabungan bertaraf-dunia dari segi kuasa yang mengagumkan dan penjimatan bahan api yang menjanjikan kenikmatan pemanduan efisien ke suatu tahap baharu,” said Lennart Stegland, Managing Director of Volvo Car Malaysia

Volvo Car Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kerjasama yang erat antara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Institut Automotif Malaysian (MAI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan bahawa semua syarat untuk pensijilan dan insentif dipenuhi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply