ARKIB

KATEGORI

Buletin

AUDI Prologue Concept memang mengujakan!

Views

Audi-Prologue-Concept-10

Inilah wajah baharu Audi yang diilhamkan oleh Ketua Pereka, Marc Lichte yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rekaan Prologue Concept dan ia bakal membuat kemunculan pertamanya di LA Auto Show esok. Menurut bos Audi, Ulrich Hackenberg, Prologue memberi gambaran gaya rekaan terbaharu pengeluar dari Jerman itu.

Prologue yang merupakan sebuah sport coupe bersaiz besar, dengan ukuran 5,100mm (16.7 kaki) panjang, 1,950mm (6.4 kaki) lebar dan 1,390mm (4.6 kaki) tinggi dengan jarak roda 2,940mm (9.6 kaki). Jika ia memasuki pasaran nanti, Prologue bakal berentap dengan saingan terdekatnya Mercedes-Benz S-Class Coupe.

Enjin 4.0-liter twin-turbo V8 berkuasa 597hp (605PS) dan 750 Nm (553.2 lb‑ft) daya kilas akan menjana model konsep ini. Prologue juga menggunakan sistem pacuan semua roda dan mampu memecut dari 0 ke 100km/h (62mph) hanya dalam masa 3.7 saat! Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih dan moden. Memang cukup mengujakan!

* Perghh…. mantap sungguh rekaan baharu Audi ini… tak terkata 😉

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Audi-Prologue-Concept-11 Audi-Prologue-Concept-9 Audi-Prologue-Concept-4 Audi-Prologue-Concept-5 Audi-Prologue-Concept-7 Audi-Prologue-Concept-8 Audi-Prologue-Concept-2 Audi-Prologue-Concept-1

VIDEO : AUDI Prologue Concept

Audi Prologue Concept

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply