ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely sasar pasaran Malaysia untuk kenderaan berkuasa metanol

Berita Global

Views

Malaysia disasar menjadi pasaran seterusnya bagi kenderaan berkuasa metanol Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), selepas China dan Eropah.

Naib Presiden Geely Auto dan Presiden Geely New Energy Powertrain R&D Centre, Wang Ruiping, berkata pengeluar kereta persendirian terbesar China itu bersedia untuk berbincang dengan Malaysia tentang projek itu dan menyedari usaha negara untuk meningkatkan penghasilan dan penggunaan bahan api hijau yang mampan.

“Ada peluang yang berpotensi (untuk bekerjasama). Kita boleh berbincang mengenai butiran terperincinya,” katanya kepada wartawan Malaysia semasa lawatan media ke Institut Penyelidikan dan Pembangunan Geely pada Rabu.

Metanol adalah sumber tenaga yang ideal memandangkan ciri-ciri bersihnya, senang untuk diangkut, dan boleh disimpan dengan mudah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dari segi alam sekitar, pelepasan bahan api metanol jauh lebih rendah berbanding diesel. Geely Holding Group ialah pemaju dan pengeluar kenderaan metanol terbesar di dunia.

Jenama anak syarikat kumpulan itu telah mengeluarkan kenderaan sedan metanol Geely Auto Emgrand dan kenderaan perdagangan Geely, trak berat Farizon M100; kedua-duanya telah melepasi standard pelepasan karbon ‘China VI’.

Pengeluar kereta itu telah memperkenalkan kira-kira 20 model metanol bagi kenderaan penumpang dan juga perdagangan.

“Terdapat lebih 30,000 kenderaan metanol Geely yang bergerak di atas jalan raya dengan gabungan perbatuan kira-kira 10 bilion kilometer,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketika ini, syarikat itu sedang menguji kenderaan berkuasa metanol di Denmark untuk memasarkannya di pasaran Eropah.

Geely mempunyai 49.9 peratus kepentingan dalam pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Bhd (Proton) dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan lebih banyak model untuk menyokong inisiatif ekosistem hijau kerajaan.

Perkongsian Geely-Proton menyaksikan pelancaran tiga kenderaan utiliti sukan (SUV), X50, X70 dan X90 serta sedan kompak S70.

Model X90 ialah kenderaan tenaga baharu pertama Proton yang menawarkan penggunaan bahan api lebih rendah, pelepasan karbon lebih rendah dan prestasi yang bertambah baik. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply