ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis siasat motif sembilan paku sengaja dipacak di bahu jalan

Tular

Views

Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, di Rawang, sehingga mencederakan seorang lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.28 pagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun sedang berjoging di kawasan terbabit.

Pengadu terpijak paku yang dipacakkan di bahu jalan dan didapati terdapat sembilan paku dipacakkan di kedua-dua arah jalan terbabit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Noor Ariffin berkata, kejadian itu menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Raymond Azman

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply