ARKIB

KATEGORI

Buletin

Auto Bavaria, Kumpulan Affin jalin kerjasama perluas infrastruktur pengecasan EV

Berita Tempatan

Views

Auto Bavaria telah mengumumkan kerjasama strategik bersama Kumpulan Affin untuk menambah infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Kerjasama ini sejajar dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kedua-dua organisasi, yang bertujuan menggalakkan penyelesaian pengangkutan yang lebih bertanggungjawab.

Auto Bavaria, pengedar sah terbesar bagi pengeluar kenderaan premium, BMW Group di Malaysia telah secara konsisten menyokong peralihan Malaysia kepada pengangkutan yang cekap dan pintar.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Menerusi kerjasama dengan Affin, yang merupakan sebuah institusi kewangan, Auto Bavaria bersedia untuk mempercepatkan penyediaan dan meluaskan capaian kepada kemudahan pengecasan EV di seluruh rantau ini.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, kerjasama ini memperlihatkan dedikasi syarikat dalam mengukuhkan pembangunan infrastruktur EV dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah pula menambah, inisiatif ini sejajar dengan tunggak Pelan Strategi AX28, iaitu ‘Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan’ dan ‘Perbankan Bertanggungjawab yang Menghasilkan Kesan Bermakna’.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Beliau menambah, pelanggan boleh meneroka rangkaian pembiayaan EV, termasuk pilihan pembiayaan yang dirangka untuk memudahkan proses pembelian dan meningkatkan ketermampuan.

Kerjasama ini membabitkan pemasangan tujuh unit Pengecas AC dan satu unit Pengecas DC di stesen pengecas EV Menara Affin, Tun Razak Exchange, yang merupakan Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia.

Dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur mesra alam, kedua-dua organisasi mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan lestari dan kehidupan pintar dalam kalangan rakyat Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply