ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Foto Intip

Views

Salah seorang ahli paultan.org Automotive/Car Discussion Group yang hanya dikenali dengan nama Anonymous participant telah berjaya merakam video sebuah treler pengangkut yang membawa beberapa buah model yang dilitupi fabrik hitam.

Difahamkan video tersebut dirakam dirakam berhampiran dengan kilang pemasangan Mitsubishi di Pekan, Pahang.

Jika dilihat ada dua model yang berada di atas treler pengangkut itu, sebuah model SUV bersaiz kompak manakala sebuah lagi seperti model Mitsubishi Xpander.

Besar kemungkinan kedua-dua model tersebut adalah Mitsubishi Xforce dan Xpander versi facelift. Adakah dengan penemuan ini memberi petanda yang kedua-dua model akan dilancarkan dalam tempoh terdekat?

Menerjah ke ruangan komen, ada yang berkata Xforce berkemungkinan akan dilancarkan terlebih dahulu, manakala Xpander facelift akan menyusul pada seawal bulan September atau penghujung tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Dalam artikel terdahulu, kelibat unit ujian Mitsubishi Xforce telah mula menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Bakal pesaing kepada Honda HR-VToyota Corolla Cross itu dijangka ‘mengisi kekosongan’ yang ditinggalkan oleh ASX sejak jualannya dihentikan beberapa tahun lalu.

Dari segi dimensi, SUV kompak ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,660 mm tinggi, manakala jarak lega tanahnya adalah 222 mm. Ini bermakna, Xforce berada dalam kategori SUV segmen-B penuh.

Xforce didatangkan dengan enjin aspirasi alami (NA) 4A91 1.5-liter DOHC Mivec yang menjana output sebanyak 105 PS dan 141 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan enjin menerusi transmisi CVT yang memacu roda hadapan (2WD) sahaja.

Bagi model Xpander facelift pula, ia menampilkan rekaan Dynamic Shield dengan bahagian atas jeriji diberi kemasan hitam, manakala bahagian bawahnya pula dihiasi kemasan jejaring berbentuk sarang lebah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perubahan lain adalah pada lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T, lampu siang LED dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.

Ruang kabin Xpander facelift turut mengalami perubahan, terutama sekali rekaan papan pemuka serba baharu yang lebih bersegi.

Selain itu, ia turut dilengkapi stereng tiga-jejari rekaan baharu, panel kawalan iklim automatik dan brek parkir elektronik (EPB).

Sebagai tambahan, varian mercunya didatangkan dengan tempat duduk dengan kemasan berwarna kuning air (beige).

Perubahan besar seterusnya adalah pada transmisinya dan kini tiada lagi transmisi automatik 4-kelajuan yang bakal digantikan dengan unit CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit paultan.org Automotive/Car Discussion Group

Foto rasmi Mitsubishi Xforce

Foto rasmi Xpander facelift

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply