Nampaknya Geely secara rasminya melancarkan model ‘Proton Exora tak jadi‘, Jiaji versi 2025 di China pada 22 Julai lalu.
Dua pilihan varian ditawarkan, dengan julat harga bermula dari 109,700 yuan (RM70,475) hingga 119,700 yuan (RM70,475).
Meskipun ia merupakan model yang dikemaskini, namun penampilan luarannya masih tidak berubah jika dibandingkan dengan model terdahulu.
Di China, sambutan terhadap model MPV ini agak ‘sendu’. Pada bulan Jun, tiada langsung (0) unit yang terjual dan untuk separuh pertama 2024, hanya 538 unit yang telah berjaya dijual, sedih beb!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Dua pilihan warna luaran baharu ditawarkan, iaitu Sky Blue dan juga Moonlight White. Dari segi dimensinya juga masih kekal, iaitu 4,826mm panjang, 1,909mm lebar, dan 1,690mm tinggi, manakala jarak tapak roda 2,805mm.
Beratnya antara 1,600 kg hingga 1,630 kg dan MPV ini dilengkapi dengan pilihan tayar bersaiz 215/60 R17 atau 235/50 R18.
Pelanggan boleh memilih konfigurasi susun atur tempat duduk, sama ada enam-tempat duduk (2+2+2) atau tujuh-tempat duduk (2+2+3).
Rekaan dalamannya juga masih sama seperti model terdahulu dengan dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Ultramarine Blue dan Thrush Brown.
Papan pemukanya dilengkapi dengan panel instrumen LCD bersaiz 10.25-inci, unit inforia bersaiz 10.3-inci dan stereng dengan rekaan empat jejari.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Sistem operasi kenderaan tersebut disokong oleh Geely Galaxy OS. Ia turut dilengkapi dengan rangkaian 4G, WiFi dalam-kereta, kemasukan tanpa kunci, pembantu suara kecerdasan buatan (AI), enam pembesar suara, kawalan jelajah dan kawalan jauh menggunakan telefon pintar.
Selain itu, terdapat 54 ruang penyimpanan, termasuk enam pemegang cawan, 10 cangkuk, dan sembilan kawasan penyimpanan telefon pintar.
Kapasiti bagasinya pula ialah 513 liter dan saiznya boleh bertambah dengan merebahkan/melipatkan tempat duduk baris ketiga ke bawah.
Kuasa masih dibekalkan oleh enjin 1.5TD dengan output maksimum 178 kuasa kuda dan daya kilas puncak 290 Nm. Enjin ini dipadankan dengan DCT 7-kelajuan.
Kadar penggunaan bahan api bagi setiap 100 km ialah 6.9 liter (kitaran WLTC), dengan kapasiti tangki bahan api 60 liter. Jiaji 2025 mampu mencecah kelajuan tertinggi 190 km/j. – CarNewsChina
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI