Aveta Malaysia menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya petang tadi telah menghadiahkan 3 unit motosikal Ranger Max Explorer kepada Cikgu Ben Zaid dan dua lagi rakannya, bagi membantu memperkasakan misi pendidikan di kawasan pedalaman.
Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa perjuangan tiga wira pendidikan ini yang bersungguh-sungguh menempuh perjalanan mingguan sejauh 60km melalui jalan balak dan hutan ke Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan demi mendidik anak-anak Orang Asli.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pengembaraan wira pendidikan yang dikenali sebagai ‘Cikgu Offroad‘ di Tiktok ini lebih berisiko musim hujan, dan Aveta sangat berbangga dan gembira dapat memainkan peranan dalam meringankan beban mereka dalam misi tersebut.
Ranger Max Explorer adalah motosikal ‘kapcai kembara‘ yang dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 127 cc SOHC empat lejang dengan sistem sejukan udara. Enjinnya yang mampu menghasilkan 10 kuasa kuda dan 10.5 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi empat-kelajuan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ia dilengkapi bar pemegang yang tinggi, pelana dengan ketinggian 760 mm, suspensi jenis fork teleskopik hadapan, lega tanah 180 mm, kapasiti tangki sebesar 8.5 liter dengan kadar penggunaan bahan api 2.2 liter/100 km.
Motosikal dengan gaya reka bentuk moden-retro ini ditawarkan dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu, Sierra Yellow dan Forest Green. Harga jualan bagi model ini adalah bermula dari RM6,988.
KLIK UNTUK BESARKAN
Ffoto kredit Aveta Motor Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI