ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear tutup kilang di Shah Alam mulai 30 Jun 2024, 550 orang pekerja akan terkesan

Berita Tempatan

Views

Goodyear menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, mengumumkan bakal menutup operasi kilang pengeluarannya di Shah Alam berkuatkuasa 30 Jun 2024 dan akan selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Ujar beliau, ini merupakan sebahagian daripada program transformasi ‘Goodyear Forward‘ yang merangkumi beberapa tindakan spesifik bagi menurunkan kos operasi tahunan syarikat sebanyak US$1 billion (RM4.73 bilion), untuk kekal kompetitif dan menjadi peneraju industri.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah beliau, berikutan penutupan kilang itu nanti, seramai 550 orang pekerja akan terkesan. Pihaknya komited untuk memastikan pekerjanya diuruskan dengan baik dan telus semasa proses ini.

Penglibatan Goodyear di Malaysia bermula pada 1908 apabila firma pembelian getah, The Goodyear Orient Company ditubuhkan di Singapura untuk membeli getah daripada ladang-ladang di Malaysia dan Indonesia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jualan produk Goodyear di negara ini telah pun bermula sejak 1929 menerusi pejabat Goodyear Sales Company yang terletak di Singapura. Kilang pengeluarannya di Malaysia mula dibuka sejak tahun 1972.

Pada tahun 1985, syarikat tersebut menjadi pembekal tayar untuk kereta nasional yang pertama, iaitu Proton Saga. Kilang Goodyear di negara ini turut menerima pengiktirafan ISO 9002 (1992), QS9000 dan ISO14001 (2002), diikuti ISO / TS 16949 (2003).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply