ARKIB

KATEGORI

Buletin

Awek cun tolong ‘cuci kereta percuma’ setiap Jumaat

Berita Tempatan

Views

Pusat cuci kereta, Detailmode Carwash berhampiran Plaza Tol Kuantan di Kuantan mencipta kelainan tersendiri apabila menawarkan perkhidmatan cuci kereta percuma pada setiap hari Jumaat.

Menurut Utusan Online, perkhidmatan tersebut bagaimanapun hanya terhad kepada 10 buah kenderaan terawal sahaja.

Pengarah Urusannya, Alia Fasha Jalani berkata, melalui pendekatan itu pihaknya secara tidak langsung menghargai pelanggan dan memberi peluang kepada mereka yang mahu pendapatkan servis percuma.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, keistimewaan yang diberikan bukan hanya pada hari Jumaat, sebaliknya 20 peratus diskaun perkhidmatan turut diberikan kepada pelanggan yang menjadi ahli Detailmode Carwash.

Alia Fasha berkata, dia bersama beberapa rakan wanitanya memulakan operasi pusat cucian kereta itu seminggu lalu dan mereka juga pekerja di situ.

Pihaknya mengambil inisiatif membuka pusat cucian kereta ini memandangkan ramai wanita sekarang hilang kerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Covid-19 di seluruh negara.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pembukaan perniagaan ini bagi membuka peluang pekerjaan dan membantu rakan-rakan wanita lain yang turut terjejas akibat wabak itu.

Berhubung perancangan akan datang ujarnya, pihaknya akan membuka dua lagi cawangan Detailmode Carwash yang menggunakan konsep sama di sekitar pusat bandar Kuantan dan Pekan, bulan ini.

Kata Alia Fasha lagi, pelanggan yang ingin mengetahui lanjut dan membuat temu janji mencuci kereta, boleh hubungi mereka di talian 011-3747 0518.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply