ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka-Tan Motor dilantik sebagai pengedar rasmi trak pikap JMC Vigus Pro 4×4

Berita Tempatan

Views

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bakal mengembangkan portfolio kenderaannya selepas dilantik oleh Jiangling Motors Co., Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 di Malaysia.

Kerjasama di antara ATM dan JMC dimeterai selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020. JMC telah memberi hak penuh kepada ATM untuk mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4×4, serta alat ganti dan komponen berkaitan di Malaysia.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

ATM juga merancang untuk menawarkan JMC Vigus Pro menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, pihaknya tidak tidak sabar untuk memperkenalkan trak pikap baharu ini yang telah terbukti keupayaannya di pasaran China.

Presiden Jiangling Motors Co., Ltd., Xiong Chunying berkata, JMC merupakan jenama kedua terlaris dalam segmen trak pikap di China bertahun-tahun lamanya. Pihaknya turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Angka Tan Motor sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4.

JMC Vigus Pro dijana oleh enjin turbo diesel 2.0L TDI 4-silinder dengan VGT yang menghasilkan 141PS pada 3,600rpm dan 340Nm daya kilas pada 1,500rpm hingga 2,600rpm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia turut dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD) BorgWarner dengan mod 2H, 4H dan 4L. Antara ciri menarik pada model trak pikap ini ialah Rear Differential Lock dari Eaton, penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya pada 7.8L/100km dan kamera undur.

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Brilliant Silver, Steady Brown, Glossy Black dan Solid White. Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro dijangka didedahkan dalam bulan ini.

Pelanggan boleh melihat JMC Vigus Pro di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor dan membuat tempahan di cawangan pengedar berhampiran atau hubungi talian 03-3359 6068. Maklumat lanjut, sila layari www.jmcmalaysia.com dan ikuti laman Facebook rasmi JMC Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply