ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bahana krisis pengurusan di Wolfsburg, mantan CEO Volkswagen Group Malaysia jadi penternak ternak lembu

Views

Krisis pengurusan yang sedang melanda kem Volkswagen di Wolfsburg ketika ini dikatakan semakin meruncing. Salah seorang yang menjadi mangsanya adalah, mantan CEO Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller yang kini beralih arah menjadi penternak lembu di Thailand. Mungkin juga beliau sudah muak berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dan mesin, boleh jadi juga itu merupakan impiannya setelah pencen dari arena automotif.

Bukan sekadar menternak lembu, beliau juga turut menjadi pembekal tinja lembu yang berjaya dan menjual sisa buangan lembu tersebut dengan harga 50 Thai Bath (RM6.00) untuk satu beg. Yang paling melucukan Armin telah mengembiri seekor lembu paling besar dan menamakannya sebagai Christian Klingler yang merupakan bekas bosnya, mungkin untuk mengimbau kembali nostalgia semasa berkhidmat bersama dahulu.

Laporan yang dipetik dari Forbes ini juga mengatakan, Christian Klingler turut terkena tulah dan korban akibat bahana krisis Volkswagen. Sejak terpalit dengan skandal penipuan emisi atau Dieselgate, jabatan Komunikasi Korporat di Wolfsburg dilarang bekerja lebih masa. Jika ada wartawan bertanya lebih lama, mereka sudah tahu apa yang ingin ditanya dan episod baharu ini memberi tekanan melampau serta kebimbangan di kalangan pekerja bawahan hinggakan ratusan daripada mereka dijangka angkat kaki.

Wakil Kesatuan Sekerja Volkswagen memberitahu, apa-apa kerja lebih masa di jabatan komunikasi jenama Volkswagen kini diklasifikasikan sebagai “verboten” (dilarang sama sekali) sehingga diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, pengamal Komunikasi Korporat dari pesaing global Volkswagen yang lain sebenarnya iri hati dengan jumlah kekuatan di jabatan tersebut.

Namun begitu, Volkswagen dijangka bakal mengurangkan jumlah jurucakap jenama tersebut secara berperingkat dan pihak Kesatuan Sekerja kini sedang berjuang untuk menghalangnya. Untuk mengurangkan malu yang lebih besar, laporan hanya disiarkan melalui helaian bercetak, dan tidak lagi boleh diakses melalui atas talian menerusi Google dan sebagainya.

Selain itu, media Jerman turut melaporkan satu dari sepuluh pekerja kolar putih disyarikat tersebut bakal dikorbankan atas dasar meningkatkan kecekapan dan pendapatan. Dari perbualan eksekutif Volkswagen yang tidak diterbitkan hingga setakat ini berkata, pengurangan drastik kumpulan tertinggi dalam syarikat diistilahkan sebagai “Oberer Management Kreis [OMK]”.

Ia merangkumi kira kira 2,000 orang eksekutif di bawah lembaga pengarah Volkswagen dan sebahagian daripada mereka telah meletak jawatan. Hampir 15 peratus atau kira kira 300 orang OMK akan dipaksa berhenti secara sukarela ataupun dipecat. Kebanyakan di antara mereka merupakan eksekutif yang berusia 55 tahun dan ke atas.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Mmm… skandal dieselgate benar2 mengancam dan memusnahkan misi VW menguasai pasaran global setelah mereka berjaya memilik company rekabentuk ternama dan jenama2 kereta yg diyakini sebelum ini sebagai strateginya. Jenama yg tercalar, penarikan kembali model2 terlibat dari pasaran dan tindakan undang2/denda spt di US yg dikenakan atas penipuan ini sgt menjejaskan reputasi dan kewangan operasi keseluruhan VW. Even pasaran antara terbesarnya spt di US, jualan kenderaannya merosot sejak 2015 dlm 5% dan 2016 pula kemerosotan menjangkau 20%. Sahamnya juga jatuh merundum. Tempias kerugiannya juga terpalit kat rakan strategik VW sebelum nie seperti Suzuki yg mempunyai sahamnya dlm VW. Banyak perkara yg VW perlu lakukan utk mengembalikan kepercayaan penggunanya. Lebih ditakuti skandal ini bakal menyeret industri automobil Jerman terpalit sama.

    Cheers!

Leave a Reply