ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan Nippon Paint terangi cahaya Deepavali buat penghuni rumah kebajikan

Views

Sempena perayaan Deepavali yang disambut pada Sabtu lalu, Perodua dan Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd berganding bahu untuk menceriakan rumah kanak kanak dan warga emas sebelum ketibaan pesta cahaya tersebut. Rumah Kebajikan Kasih Sayang yang terletak berhampiran ibu pejabat Perodua telah dipilih untuk program tersebut dan ia menempatkan seramai 10 orang warga emas dan 13 orang kanak kanak.

Penempatan tersebut telah diasaskan oleh En. Ragunathan dan isterinya, Puan Malathy sejak 2003. Pasangan tersebut menyewa rumah satu tingkat itu dengan bayaran RM 1,500 sebulan dan mereka dibantu dengan dua orang penjaga yang turut tinggal di rumah yang sama. Perodua menyumbangkan makanan, pakaian, wang dan sukarelawan untuk rumah kebajikan untuk membantu mereka mengurangkan beban untuk membuat persiapan sempena kedatangan Deepavali.

Nippon Paint pula membekalkan cat bernilai RM 9,000 untuk menghias rumah tersebut. Selain itu, sukarelawan Perodua turut membantu 25 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Kanak Kanak Divine Life Society, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, yang menempatkan kanak kanak berumur antara 5 dan 18 tahun untuk menghias kediaman mereka. Perodua turut memberi sumbangan wang ringgit dan kelengkapan rumah sebagai persiapan menyambut Deepavali. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanana Perodua Sales Sdn Bhd, En. Suresh Kumar.

KLIK UNTUK BESARKAN

dsc_0181 img_7515

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply