ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Gaurav Gill dan Pasukan MRF Skoda Fabia R5 ungguli saingan Rali Malaysia

Views

Pusingan kelima Kejohanan Rali Asia Pasifik FIA (APRC) yang diadadakan sempena Kejohanan Rali Malaysia hujung minggu lalu telah berjaya diungguli oleh Gaurav Gill bersama Pasukan MRF Skoda Fabia R5, selepas memenangi acara tersebut dengan jumlah kutipan mata yang besar. Ia sekaligus menobatkannya sebagai juara keseluruhan kategori pemandu kejohonan APRC buat kali yang kedua dan secara tidak langsung pasukan Skoda juga muncul juara keseluruhan kategori pengeluar satu pusingan lebih awal.

Gill (India) dan pembantunya Glenn Macneall (Australia) memulakan momentum dengan penuh bergaya sejak dari peringkat pertama sebelum mengekalkan jurang selepas pesaing terdekat mereka tidak bernasib baik di Kota Tinggi. Tempat kedua dimenangi oleh gandingan Jari Ketomaa dan pembantunya Mikko Lukka dari Finland dengan jentera Mitsubishi Mirage yang pertama kali menyertai saingan di Rali Malaysia. Tempat pula ketiga jatuh kepada gandingan dari Jepun, Yuya Sumiyama bersama pembantunya Takahiro Yasui yang mengemudi jentera Cusco Subaru setelah rakan sepasukan mereka terkeluar dari saingan lebih awal.

mr16-mirage-jump-apsm_resize

Pemandu dari India, Sanjay Takale yang turut memandu Cusco Subaru berada di tempat keempat dan berjaya menduduki tempat pertama dalam Kejohanan Rali Malaysia yang turut dilangsungkan dalam acara yang sama, di hadapan lagenda rali Malaysia, Karamjit Singh. Fabian Kreim dari Jerman bersama Frank Christian yang juga mewakili Pasukan MRF Skoda Fabia R5 melengkapkan senarai lima tempat teratas walaupun bergelut dengan masalah kotak gear pada hari pertama.

Pusingan seterusnya dan saingan APRC yang terakhir, Rali India bakal berlangsung pada 10 dan 11 Disember depan di Bangalore, di mana Gill dan Takale akan turun beraksi di hadapan peminat dan penyokong tempatan. Syabas kami ucapkan kepada para pemenang!

Carta – Lima teratas:
1. Gill / Macneall
2. Ketomaa / Lukka
3. Sumiyama / Yasui
4. Takale / Takeshita
5. Kreim / Christian

KLIK UNTUK BESARKAN

mr16-aprc-malaysian-rally-podium-apsm_resize mr16-gauarv-gill-action-with-grass-in-radiator-apsm_rs mr16-gauarv-gill-in-the-mud-on-day-2-apsm_resize mr16-ketomaa-and-mitsubishi-mirage-apsm_resize mr16-mike-young-ss5-action-apsm_rs mr16-mirage-jump-apsm_resize

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply