ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bakar kereta sebab marah bini tak balik rumah

Berita Tempatan

Views

Gara-gara berang dengan tindakan isteri tidak balik rumah, seorang lelaki bertindak membakar kereta Proton Saga milik saudaranya dalam kejadian di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah di Iskandar Puteri petang semalam.

Menurut K! ONLINE, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, kereta itu mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan kenderaan terbabit. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dikatakan mengalami perselisihan faham sebelum wanita itu lari ke rumah saudaranya yang juga terletak di taman berkenaan.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Katanya ketika kejadian pengadu (saudara) terdengar bunyi penggera kereta sebelum keluar rumah dan mendapati kereta miliknya terbakar dan pengadu cuba memadam api kebakaran terbabit. Pada masa yang sama, pengadu menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan berhubung kejadian itu.

Dzulkhairi berkata, susulan maklumat diperolehi sepasukan anggota polis menjejaki suspek dan berjaya menahannya di Jalan Indah 5/5, Taman Bukit Indah di sini. Lokasi kejadian dan rumah kediaman pasangan itu terletak kira-kira satu kilometer.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Menurut beliau, siasatan awal ke atas suspek yang berusia 47 tahun dan tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan khianat terbabit. Katanya, lelaki itu bertindak setelah tidak berpuas hati dengan isterinya yang tidak balik rumah sejak 1 Mac lalu akibat perselisihan faham dalam rumah tangga.

Siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes rompakan bersenjata selain saringan air kencing ke atasnya adalah negatif. Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply