ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota siar foto acah X Prologue, adakah ia sebuah SUV elektrik?

Berita Global

Views

Toyota mula mengusik wargamaya dengan menyiarkan foto acah model X Prologue, yang bakal diperkenalkan pada 17 Mac nanti. Pengenalan model tersebut akan dibuat secara maya dan dikhabarkan model tersebut merupakan salah satu daripada ahli keluarga kereta elektrik Toyota.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Besar kemungkinan X Prologue merupakan sebuah SUV emisi-sifar yang dibangunkan dari pelantar e-TNGA. Pelantar ini dibangunkan secara usahasama dengan Subaru dan seni binanya mampu menampung pelbagai saiz pek bateri dan motor, serta boleh dipacu menerusi pacuan roda hadapan, belakang mahupun pacuan semua roda.

Menerusi foto acah yang disiarkan, Toyota cuma menayangkan sebahagian daripada reka bentuk hadapan yang memperlihatkan lampu, jeriji dan juga bampar. Model ini dilihat menggunakan bonet jenis dwi-lapisan dengan logo Toyota berada di tengah dengan latar belakang berwarna hitam.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Rekaan lampunya agak unik kerana ia membentuk huruf-C yang  kelihatan seakan terus bersambung terus antara kedua-duanya menerusi satu jejalur LED yang nipis. Reka bentuk jeriji yang tertutup pula, ibarat memberi ‘petanda besar’ yang ianya sebuah model elektrik.

Adakah model ini bakal mencabar Volkswagen ID.4? Kita sama-sama nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply