ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas pekerja buat onar di Bayan Lepas – 26 buah bas diambil tindakan

Berita Tempatan

Views

Bertindak berdasarkan aduan awam dan risikan yang telah dijalankan, Unit Operasi JPJ Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan terhadap bas pekerja yang beroperasi di sekitar kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Bukit Jambul dan Relau pada 22 Februari hingga 24 Februari 2021 bermula jam 5.00 petang hingga 7.30 malam.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Menurut laman Facebook JPJ Pulau Pinang, selain itu penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standad (SOP) COVID-19 dan lain-lain kesalahan berkaitan kenderaan perkhidmatan awam juga turut di lakukan. Sepanjang penguatkuasaan yang dijalankan selama 3 hari, sebanyak 73 buah bas pekerja telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, 26 buah bas pekerja telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV), potong barisan, gagal mematuhi lampu isyarat merah, salah guna LKM, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi dan lain-lain kesalahan teknikal.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Pemandu dan pemilik bas pekerja adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu bagi memastikan keselamatan semasa pemanduan dan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Pemilik kenderaan pula dinasihatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan memuaskan supaya keselesaan dan keselamatan penumpang terjamin semasa menggunakan perkhidmatan bas pekerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply