ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Foto Intip

Views

Sejak kebelakangan ini, semakin rancak pihak Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) menguji model pertama mereka hasil usahasama dengan GAC Motor dari China, iaitu SUV kompak GAC Trumpchi GS3 Power. Tengah hari tadi, kelibat dua unit model tersebut yang masih sarat dengan pelitup celoreng berjaya dikesan sedang ‘meronda-ronda’ di sekitar Putrajaya.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Ia telah berjaya dikesan oleh rakan pembaca, Hariszikry Herman. Foto yang sempat dirakam kali ini juga lebih jelas kerana diambil dari jarak yang dekat. Perincian pada kemasan pada lampu depan dan juga reka bentuk rim lima jejari berkembar juga boleh dilihat dengan lebih jelas dalam foto terbaharu ini.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Sebelum ini, telah dua kali kami menyiarkan siri foto intip model tersebut, yang pertama dikesan sekitar Jalan Pasar Kuala Lumpur, manakala yang kedua, di USJ. Versi yang akan dilancarkan di Malaysia nanti adalah GS3 Power yang dijual di pasaran China, berbeza jika dibandingkan dengan GS3 2021 di pasaran Filipina.

Di pasaran Filipina, GS3 dikuasakan oleh dua pilihan enjin petrol yang menepati piawaian Euro 5. Varian yang lebih rendah dikuasakan oleh enjin aspirasi normal 1.5L DCVVT yang menghasilkan 113 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas, manakala varian yang lebih tinggi pula dijana oleh enjin 1.3 L I4 turbo yang menghasilkan 136 kuasa kuda dan 202 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

GAC Trumpchi GS3 Power 2021

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply