ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Foto Intip

Views

Nampaknya kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk menyambut ketibaan Y Suku V3 di Malaysia memandangkan baru-baru ini kelibat unit ujiannya telah berjaya dikesan di negara ini. Beberapa foto intip model yang dikenali sebagai Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam itu telah dimuat naik ke laman Facebook RGM, semalam.

Kami tidak dipasti di manakah kelibat unit ujian tersebut ditemui, namun apa yang pasti ada dua unit yang sedang diuji jika diperhatikan pada pelindung lumpur dengan dua warna berbeza. Adakah ini memberi petanda awal yang Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HYLM) bakal melancarkan model tersebut dalam tahun ini? Hanya mereka yang ada jawapannya.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Di Vietnam, model ini didatangkan dalam dua varian, iaitu Standard Version dan Premium Version, dengan empat pilihan warna yang menarik. Tiga pilihan warna ditawarkan pada varian Standard Version dan Premium Version iaitu hitam, merah dan putih manakala satu lagi tema warna, GP Edition hanya ditawarkan pada Premium Version sahaja.

Exciter 155 VVA baharu dijual pada harga 46,990,000 VND (RM8,233) bagi varian Standard Version, 49,990,000 VND (RM8,758) bagi varian Premium Version dan varian GP Edition pula dijual pada harga 50,490,000 VND (RM8,846).

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Supermoped ini dipacu oleh enjin silinder tunggal 155 cc suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digandingkan bersama transmisi enam kelajuan (cekam jenis slip & assist) yang mampu menghasilkan 17.7 kuasa kuda pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 8,000 rpm.

Exciter 155 VVA tampil lebih canggih dan sporty meskipun penggayaannya mengundang sedikit kontroversi, terutama pada bentuk lampu depan yang kelihatan agak janggal. Lampu belakangnya pula dikatakan mendapat inspirasi dari model superbike YZF-R1. Secara keseluruhannya reka bentuk model ini menepati citarasa peminat kapcai terutama supermoped terutama sekali generasi baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply